Perjalanan skuad negara di Kejohanan Futsal AFF berakhir di peringkat kumpulan selepas mereka tewas 4-2 di tangan Thailand hari ini.
Skuad negara turun tanpa khidmat Mohd Khairul Effendy yang sedang menjalani hukuman penggantungan dan ia jelas sekali memberi impak kepada skuad kendalian Chiew Chun Yong itu.
Malaysia perlu mencatat kemenangan dalam perlawanan ini untuk mara ke peringkat separuh akhir, namun dek kerana tewas, maka mereka harus akur tersingkir di peringkat kumpulan.
Carta Kedudukan Kejuaraan Futsal AFF 2022
* Selepas Hari Perlawanan 5 pada Rabu, 6 April 2022
KEMBOJA 🇰🇭 2-11 🇮🇩 INDONESIA
THAILAND 🇹🇭 4-2 🇲🇾 MALAYSIAℹ️ Thailand & Indonesia layak ke separuh akhir#FAM #HarimauMalaya #AFFFutsal pic.twitter.com/4nynwL72Ml
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) April 6, 2022
Selepas mencatatkan kemenangan meyakinkan 10-0 bertemu Brunei para pemain sepertinya berjaya mengekalkan momentum kecemerlangan mereka dalam perlawanan ini walau keputusan tidak memihak kepada skuad negara.
Thailand 4-2 Malaysia
Harus diakui Malaysia bermain dengan sangat baik pada awal permainan dengan mereka turut berjaya mencipta beberapa gerakan yang berpotensi menghasilkan gol.
Walau bagaimanapun, Thailand terlebih dahulu membuka tirai jaringan dengan Tanapol Maneepetch cemerlang memanfaatkan kesilapan pemain negara untuk bantu skuadnya mendahului 1-0.
Farhan Khairul Anuar kemudiannya berjaya merobek gawang gol Thailand untuk bantu Malaysia mengikat kedudukan menjadi 1-1.
Farhan Khairul Anuar berjaya membantu Malaysia untuk mendahului permainan dengan beliau cemerlang meledak gol
kedua peribadinya dalam perlawanan ini.
Thailand kemudiannya berjaya menyamakan kedudukan menerusi Sarawut Phalaphruek untuk mengikat Malaysia 2-2.
Sarawut Phalaphruek sekali lagi menjadi masalah untuk barisan pertahanan negara dengan beliau cemerlang meledak gol ketiga untuk Thailand.
Keputusan Masa Penuh
Kejuaraan Futsal AFF 2022 | Rabu, 6 April 2022
THAILAND 🇹🇭 4-2 🇲🇾 MALAYSIA
⚽️ Tanapol Maneepetch 7' Sarawut Phalaphruek 29' 34' Kritsada Wongkaeo 39'
⚽️ Farhan Khairul Anuar 12' 27'📸 Kredit Foto: AFF/FAT#FAM #HarimauMalaya #AFFFutsal pic.twitter.com/2LJcGwfMZy
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) April 6, 2022
Tiga minit sebelum perlawanan tamat, Malaysia sekali lagi menggunakan teknik ‘Power Play’ dan sekali lagi hal yang sama berlaku dengan bola tersangkut ke kaki pemain lawan, seterusnya memberi gol percuma kepada mereka.
Kritsada Wongkaeo berjaya memintas bola dari pemain negara dengan beliau kemudiannya cemerlang membawa bola ke kawasan Malaysia dan menjaringkan gol untuk Thailand mendahului 4-2.
Wisel penamat dibunyikan menandakan skuad negara tewas 4-2 di tangan Thailand, seterusnya menyebabkan mereka tersingkir dari kejohanan tersebut.
Penjaga gol dan pertahanan beraksi cemerlang
Tidak dinafikan skuad negara kerap melakukan kesilapan tak sepatutnya dengan hilang bola dan hilang penguasaan dengan terlalu mudah.
Walau bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada barisan pertahanan yang telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan dalam perlawanan ini.
" Powerplay ini perlu training yang kerap " #AFFFutsal2022
Video perbincangan penuh di Youtube : https://t.co/wJzDuzfakK pic.twitter.com/fJCIYlBhbU
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) April 6, 2022
Skuad kendalian Chiew Chun Yong itu bertahan dengan sangat baik dan sempat membuat para pemain Thailand ‘koyak’.
Pujian tak terhingga harus diberikan kepada penjaga gol negara, Muhammad Syawal Sabaruddin yang telah mempamerkan aksi persembahan sungguh dasyat dalam perlawanan ini.
Tanpa beliau, gawang negara mungkin lebih banyak dibolosi dan jelas sekali beliau merupakan pemain terbaik skuad negara hari ini.
Power Play bukan permainan kita
Harus diakui yang skuad negara sangat tak sesuai bermain ‘Power Play’ apa lagi selepas melihat cara mereka mengawal bola sangat teruk.
Hari Ini skuad negara sekali lagi dihukum selepas mereka mula bermain Power Play dan itu sudah cukup untuk membuktikan sistem itu langsung tak sesuai dengan corak permainan kita.
Selepas terkena ketika bertemu Indonesia, Chiew Chun Yong sepertinya tak serik dan masih mahu menggunakan sistem tersebut dalam perlawanan hari ini.
Hasilnya skuad negara bolos mudah kerana pemain memegang bola terlalu lama dan akhirnya melepaskan bola ke kaki pemain lawan.
AFF Futsal Championship 2022
Keputusan perlawanan Kumpulan A
Thailand 4-2 Malaysia
Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan kepada pasukan tuan rumah , Thailand#AFFFutsal2022 pic.twitter.com/v38M9OJE6t
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) April 6, 2022
Semoga sahaja sistem tersebut tidak lagi digunakan selepas ini selagi pemain tak betul-betul mahir dalam mengawal bola.
Kekalahan bertemu Thailand ini menyebabkan perjalanan Malaysia di kejohanan Futsal AFF ini sekadar berakhir di peringkat kumpulan sahaja.