Tan Cheng Hoe sah meletakkan jawatan selaku Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya semalam. Peletakkan jawatan tersebut disahkan melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas rundingan dilakukan, membenarkan kedua-dua pihak berpisah secara persetujuan bersama.
Tidak dapat dinafikan peletakan jawatan jurulatih berusia 53 tahun itu adalah untuk mengambil tanggungjawab prestasi skuad kebangsaan di Piala AFF 2020 yang berlangsung di Singapura.
Siaran Media: Tan Cheng Hoe Lepas Jawatan Ketua Jurulatih Kebangsaan
FAM hari ini ingin memaklumkan bahawa ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe telah membuat keputusan untuk melepaskan jawatannya.
Baca selanjutnya di https://t.co/O9ospzsr0h#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/HBAe1SiCfD
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) January 3, 2022
Bersaing di dalam Kumpulan B bersama-sama Laos, Kemboja, Vietnam dan Indonesia, skuad Harimau Malaya bagaimanapun gagal mara ke peringkat separuh akhir – selepas dua kekalahan yang dianggap memalukan kepada Vietnam (3-0) dan Indonesia (4-1).
Tampil di pertandingan tersebut dengan pelbagai isu, anehnya FAM meletakkan sasaran agar pasukan negara mara sehingga ke perlawanan akhir.
Pendedahan Tan Cheng Hoe
Namun melalui satu temu ramah ringkas semalam bersama media berbahasa Inggeris, twentytwo13.my, Tan Cheng Hoe berkata beliau tidak dibawa berunding sebelum sasaran tersebut diletakkan.
Sebaliknya dirinya dan pemain sudah tahu lebih awal mereka tidak mempunyai kualiti yang diperlukan untuk mara sejauh itu. Mungkin enggan menimbulkan masalah bersama bekas majikannya itu, Tan Cheng Hoe turut dilihat seperti mengelak untuk menjawab soalan tersebut pada mulanya.
“FAM berkata pasukan anda akan mara ke perlawanan akhir Piala AFF. Adakah dibawa berunding mengenai perkara itu?” soal wartawan twentytwo.13.my.
TCH ditemu ramah selepas meninggalkan Pasukan Kebangsaan (@Twentytwo13news) pic.twitter.com/Eht64MJsao
— Pemain Ke-12 (@pemain_ke_12) January 3, 2022
“Saya mahu memberkan peluang kepada pemain. Mereka tidak diberikan peluang di peringkat antarabangsa. Maka ia adalah ujian terbaik untuk melihat sama ada mereka seseuai beraksi di peringkat antarabangsa. Malangnya, kami memerlukan pemain utama bersama, barulah pasukan ini memiliki skuad yang kuat,” jawab jurulatih itu.
“Kembali kepada soalan tadi, adakah anda dimaklumkan oleh FAM mengenai sasaran ke final? Atau adakah sasaran itu diberikan tanpa evaluasi kemampuan sebenar pasukan?” Tanya wartawan sekali lagi.
“Apabila FAM mengumumkan sasaran [ke final], saya menyahut cabaran tersebut. Saya tidak berkata tidak, saya juga tidak berkata ya.
Datuk Haji Hamidin Beri Suntikan Semangat Buat Skuad Harimau Malaya Sebelum Berlepas Ke Singapura
Baca penuh & lagi gambar di https://t.co/0HBG5xkz5E#FAM #HarimauMalaya #AFFSuzukiCup2020 #RivalriesNeverDie #EmergingStrongerTogether pic.twitter.com/M5sTLzlzIM
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 3, 2021
“Maksudnya anda tidak dibawa berunding untuk sasaran tidak masuk akan itu?” Desak wartawan tersebut lagi.
“Tidak … Kami [pasukan negara] sudah sedar lebih awal kami tidak mempunyai kekuatan untuk mara sehingga ke perlawanan akhir. Itu pandangan peribadi saya,” jawab Tan Cheng Hoe akhirnya.
Permasalahan pasukan negara
Realitinya persiapan pasukan negara untuk menghadapi PIala AFF 2020 di Singapura jauh daripada sempurna.
Selain sukar untuk mendapatkan pemain yang dimahukannya, jurulatih itu juga hanya dibenarkan mengumpul pemain kurang seminggu sebelum sepak mula kejohanan, akibat komitmen pemain dengan kelab masing-masing di pertandingan Piala Malaysia.
#News | 🇲🇾 Winger Faisal Halim and goalkeeper Khairulazhan Khalid, who are part of the AFF Suzuki Cup 2020 in Singapore, tested positive for Covid-19.
Both players would be quarantined for 10 days and miss Harimau Malaya’s first Group B game against Cambodia on Monday (Dec 5). pic.twitter.com/kmTSc9acIn
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) December 5, 2021
Hanya membawa 24 pemain ke Singapura selepas itu, kem negara kemudiannya turut pincang apabila beberapa pemain terpaksa dikuarantin disebabkan jangkitan virus – selain isu kecederaan beberapa pemain seperti Junior Edstal, dan dua tonggak pertahanan Aidil Zafuan dan Shahrul Saad.
Rumusan
Berdasarkan perkongsian Tan Cheng Hoe seperti yang didedahkan oleh twentytwo13.my, ia seolah-olah tidak adil untuk menyalahkan jurulatih itu seorang untuk prestasi pasukan negara di Singapura.
Menyalahkan jurulatih memang mudah. ‘Free Jadi Kambing Hitam’ untuk apa yang telah berlaku tidak akan menyelesaikan masalah. Malah ia pasti akan berulang kembali selepas ini. Tetapi sampai bila?