Frank Lampard Tegur Penyokong Chelsea Suka Provokasi Lawan

Frank Lampard berkata beliau tidak mahu penyokong Chelsea dari berterusan melakukan ejekan melalui chanting (nyanyian) yang mengandungi ayat-ayat bernada provokasi kepada penyokong pasukan lawan pada masa hadapan – selepas menyaksikan anak buahnya menewaskan Reading 4-3 dalam perlawanan persahabatan pra musim.

Ketika perlawanan sedang berlangsung, kedengaran sebahagian penyokong Chelsea melakukan chant untuk meraikan kehebatan Lampard ketika masih bergelar pemain di kelab London itu. Namun bibit-bibit nyanyian itu turut mengandungi ejekan yang ditujukan kepada penyokong West Ham.

Bercakap mengenai lirik nyanyian oleh penyokong Chelsea, Lampard – yang menyertai Chelsea dari West Ham pada 2001 – berkata:

“Saya tidak mendengar nyanyian yang dimaksudkan, tetapi sudah tentu jika terdapat nyanyian pada hari ini atau pada hari lain yang mempunyai lirik berbaur provokasi, saya tidak mahu mendengarnya.

“Saya berkata demikian sebagai seorang penyokong Chelsea yang sentiasa menghargai makna sesebuah sokongan. Kita tidak seharusnya melakukan nyanyian yang mengandungi ayat-ayat provokasi. Jika mereka [penyokong] boleh menyanyikan lagu lain, saya akan menghargainya.

“Kelab ini sangat jelas dengan apa yang diusahakan sama ada melalui pekerjaan di dalam atau luar padang mengenai perkara-perkara yang boleh mencetuskan provokasi dan bersifat prejudis sejak beberapa tahun lalu.”

Chelsea mencatat kemenangan tipis ke atas Reading walaupun timbul kegusaran mengenai bahagian pertahanan.

Menjelang perlawanan pembukaan musim baharu menentang Manchester United yang semakin mendekat, Lampard sedar ada banyak perkara lagi yang perlu diputuskan di dalam skuad utama The Blues.

“Saya tidak memberitahu bahawa saya telah memutuskan mengenai pemilihan pemain untuk saingan peringkat awal nanti.

“Semua pemain telah berusaha sebaik mungkin dan menunjukkan segalanya [komitmen] kepada saya. Ini [pemilihan pemain] adalah keputusan yang akan saya lakukan kemudian.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN