‘Viking Clap’ Di Perlawanan Akhir Piala FA Turut Mendapat Perhatian Media Antarabangsa

Perlawanan akhir Piala FA 2019 telah pun berlalu, namun ia masih hangat menjadi bualan peminat sukan bola sepak di negara ini di mana sahaja.

Pelbagai acara menarik telah diadakan – atas usaha penganjur Malaysian Football League – sebelum sepak mula pada hari perlawanan.

Penyokong kedua-dua pasukan yang mulai membanjiri perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil sejak dari awal pagi pada mulanya dihidangkan oleh pelbagai aktiviti di luar stadium.

Demikianlah bola sepak di negara ini. Ia seperti satu acara pesta yang diraikan bersama-sama. Menariknya, penyokong bola sepak negara boleh dianggap semakin matang kerana tiada insiden tidak diigini dilaporkan setakat ini.

Perpaduan para penyokong khususnya dari Perak dan Kedah turut mendapat perhatian apabila bersama-sama melakukan acara ‘viking clap’.

Malah acara itu turut direkodkan di dalam Malaysian Books of Records selepas itu sebagai peserta teramai ‘viking clap’.

Bukan sahaja acara ‘viking claps’ mendapat perhatian daripada media digital dan arus perdana di dalam negara, ia turut mendapat perhatian media antarabangsa.

Antara media antarabangsa yang memaparkan kembali video ‘viking clap’ di Stadium Nasional Bukit Jalil tempoh hari ialah ESPN.

Turut melakukan perkongsian ialah media yang berpengkalan di Britain seperti The Guardian.

Viking clap di dalam bola sepak dipopularkan oleh penyokong Iceland ketika kejohanan Euro 2016 dan juga ketika Piala Dunia 2018. Ia kemudiannya menjadi ikutan penyokong bola sepak di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Tetapi selain daripada melakukan viking clap, perkara lain yang boleh dipelajari dari acara ini ialah bagaimana perpaduan boleh dipupuk melalui bola sepak.

Menang atau kalah adat permainan. Tetapi sikap rendah diri, hormat menghormati, dan saling dorong mendorong antara satu sama lain adalah antara nilai utama yang tidak boleh dibayar beli dan perlu kita pupuk melalui sukan, khususnya bola sepak.

Berikut adalah video penuh viking clap yang dikongsikan oleh The Guardian melalui You Tube.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN