Frank Lampard Puji Aksi Pemain Muda Chelsea

Lampard

Tiga pemain muda kelahiran England, Tammy Abraham, Fikayo Tomori dan Mason Mount semuanya menjaringkan gol untuk Chelsea di Molineux.

Pengurus Chelsea, Frank Lampard melaungkan pujian kepada Tammy Abraham selepas mencatat hatrik pertamanya dalam karier pemain itu dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Selepas mengambil alih jawatan pengurus di Stamford Bridge, Lampard telah memasukkan pemain-pemain muda ke dalam skuad utama memandangkan kelab tersebut berhadapan dengan penggantungan perpindahan.

Dalam perlawanan malam tadi, Abraham menjaringkan tiga gol ke atas Wolves, tetapi turut menyumbat satu gol ke gawang pasukan sendiri. Rekod ini menjadikan beliau pemain pertama dalam sejarah EPL yang mencatat hatrik dan menjaringkan gol sendiri dalam perlawanan yang sama.

Lampard menyatakan keterujaan beliau ketika ditemubual oleh Sky Sports.

“Saya amat gembira melihat pemain-pemain muda memanfaatkan peluang ini kerana ianya tidak mudah.

“Tammy begitu jelas peningkatannya, sebelum ini dia dipinjamkan [ke Aston Villa] dan menjaringkan banyak gol di Liga Kejuaraan, juga pengalaman satu musim di EPL.

“Sekarang saya merasakan beliau mampu memikul tanggungjawab untuk menyarung jersi Chelsea. Tiga perlawanan telah membuktikan kemampuannya.

“Satu-satunya cabaran kepada Tammy sekarang adakah dia mampu mengekalkan prestasi semasa atau adakah dia mampu menjadi lebih baik dan lebih baik pada masa akan datang.

“Di sini dia perlu berhadapan saingan dengan [Olivier] Giroud dan [Michy] Batshuayi, jadi dia perlu kekalkan tahap ini atau berusaha menjadi lebih baik.”

Disamping itu, pengurus berusia 41 tahun itu turut menghamburkan pujian kepada Fikayo Tomori. Menurut beliau, pemain muda berkenaan berhak untuk diberi peluang dan perlu meningkatkan prestasinya.

“Tomori melalui musim yang hebat dalam Liga Kejuaraan pada tahun lepas dan ini adalah satu lagi langkah untuk dia lebih maju.

“Dia menjaringkan gol yang menakjubkan hari ini di mana ia akan jadi kenangan manis buatnya di masa hadapan.” kata beliau lagi.

Kredit Foto: Metro UK

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN