Ampersand Sports Hargai Sumbangan Tunku Ismail

Ampersand Sports

Ampersand Sports memberikan penghormatan terhadap usaha Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim di atas sumbangan baginda ketika menjadi Pengerusi Malaysian Football League (MFL).

Semalam, MFL telah mengumumkan perubahan status jawatan Pengerusi MFL kepada Presiden MFL menerusi pindaan perlembagaan yang menyaksikan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin dipilih secara sebulat suara sebagai Presiden MFL menerusi undian daripada Ahli Lembaga Pengarah.

Di sebalik pengstrukturan jawatan tersebut, Ampersand Sports tetap mahu merakamkan penghargaan kepada Tunku Ismail di atas usaha gigih baginda yang sentiasa membawa profesionalisme, budaya prestasi dan ketelusan kepada Liga Malaysia, dalam kapasitinya sebagai Pengerusi MFL.

Jelas Ampersand menerusi satu kenyataan rasmi, kepimpinan Tunku Ismail sentiasa dihormati ramai pihak apabila Liga Malaysia kekal berjalan lancar biarpun berdepan banyak rintangan dan halangan pada musim ini.

“Pasukan bertanding di Liga Malaysia telah menerima sejumlah besar untuk dana pembangunan di mana jumlah yang tidak pernah dilihat sebelum ini dalam aksi domestik. Tahun lepas RM48 juta telah diberikan dan pada tahun ini jumlahnya sama diberikan walaupun terdapat halangan dan rintangan.

“Selain itu, kita juga menyaksikan banyak jenama yang tidak dikaitkan dengan bola sepak domestik telah memasuki sukan ini dan teruja dengan peluang dan kelancaran MFL ketika berada di bawah kepimpinan Tunku Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam.

“Penaja baru seperti Shopee, Maybank dan Air Asia berada di atas ‘kapal’ Liga Malaysia selain daripada ‘orang lama’ yang sudah lama dikenali seperti 100 Plus dan Nike.

“Selain itu, Malaysia turut diiktiraf dalam ‘World Leagues Forum’ untuk meningkatkan perkembangan pemain dan pasukan.

“Malah, Perkongsian dengan LaLiga wujud kerana apa yang dibayangkan oleh Tunku Ismail. Usaha untuk meningkatkan prestasi liga adalah keperluan bagi sukan ini untuk terus maju,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ampersand Sports mendedahkan pihaknya bersetuju untuk berada dalam industri bola sepak tempatan kerana menaruh keyakinan tinggi kepada Tunku Ismail yang telah banyak berjasa untuk bola sepak tempatan.

Ampersand Sports memasuki arena pemasaran hak komersil ini kerana kepercayaan terhadap Tunku Ismail di mana sikap beliau yang sentiasa positif dan progresif kepada bola sepak Malaysia.

“Usaha yang dilakukan oleh CEO Kevin Ramalingam dan pasukannya ketika berada di bawah bimbingan Tunku Ismail, patut diberi perhatian. Ia tidak mudah untuk memimpin dan menjalankan liga dengan berkesan dan cekap. Usaha-usaha ini telah membawa banyak usaha untuk memikat bola sepak tempatan kepada penaja.

“Sudah jelas, tanpa liga domestik yang kuat, Malaysia tidak dapat memperbaiki peringkat dunia, dan Tunku Ismail telah mengenali kelemahan ini. Tumpuannya dan contohnya yang telah ditetapkan dengan MFL dan JDT yang menjadi contoh untuk pasukan lain untuk diikuti,” katanya.

Sementara itu, Ampersand Sports turut mengalu-alukan kehadiran Presiden MFL, Datuk Haji Hamidin yang telah mendapat sokongan daripada 23 rakan kongsi dalam Mesyuarat Rakan Kongsi Liga di Hotel Hilton Petaling Jaya hari ini.

“Ampersand Sports mengalu-alukan Presiden MFL, Datuk Haji Hamidin. Kami amat menghormati usaha gigihnya dan komitmen beliau kepada bola sepak Malaysia.

“Kami akan mengulangi komitmen kami untuk bekerjasama rapat dengan Presiden MFL dan Ketua Pegawai Eksekutif MFL untuk meneruskan usaha mengubah bola sepak Malaysia,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN