Frank Lampard: Jurang Dengan Liverpool & Man City Masih Jauh, Kami Perlu Merendah Diri

Frank Lampard

Pengurus Chelsea, Frank Lampard jelas masih merendah diri dan tidak mahu terlalu dibuai dengan pujian menggunung ketika skuad bimbingannya mempamerkan corak permainan meyakinkan pada ketika ini.

Chelsea sedang menikmati momentum terbaik apabila mencatatkan empat kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan disertai apabila berjaya menumpaskan Krasnodar, Burnley, Rennes dan Sheffield United.

Pada empat perlawanan tersebut, Chelsea berupaya menjaringkan 14 gol manakala hanya dibolosi satu jaringan sahaja. Perkembangan yang sedikit menampakkan belanja besar kelab London itu sudah mula menampakkan hasilnya.

Namun bagi Lampard, beliau tidak mahu selesa dengan apa yang telah dinikmati pada ketika ini dan turut menepis tanggapan bahawa skuad bimbingannya sudah mencapai tahap konsisten seperti dua kelab gergasi, Liverpool dan Manchester City.

”Kami perlu untuk membuktikannya kerana terdapat jurang begitu besar dari aspek tahap konsisten berbanding dua kelab terbaik di dunia itu [merujuk Liverpool dan Manchester City] dan juga dalam era moden Liga Perdana Inggeris.”

”Jadi, kami perlu memahami di mana tempat kami dan perlu merendah diri mengenai perkara tersebut,” ujar Lampard menurut laporan Goal.

”Kami berada pada situasi yang menarik pada minggu ini [lalu]. Sangat baik untuk mendengar Chris Wilder [pengurus Sheffield United] mengatakan bahawa kami bermain dengan baik pada hari ini [kelmarin]. Jadi, ia dapat menyegarkan minda kami semua.”

”Sekarang ini yang menjadi persoalan adakah kami akan mampu sentiasa melakukannya. Itulah yang menjadi persoalan buat kami.”

”Saya tidak mahu terlalu terbawa-bawa [berbangga] dengan perkara ini,” tambah Lampard lagi.

Kredit featured image: Peter Cziborra – Pool/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Frank Lampard:

Bagaimana Frank Lampard Yakinkan Bakal Pemain Untuk Pilih Chelsea

Frank Lampard Tak Mahu Chelsea Duduk Nombor 4 Lagi Musim Depan

Frank Lampard Akui Semakin Sukar Apabila Miliki Skuad Besar

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN