Frank Lampard Gembira Impak Berkesan Christian Pulisic Atasi Aston Villa

Christian Pulisic

Pengurus Chelsea, Frank Lampard memuji sumbangan berkesan pemain sayap, Christian Pulisic dalam membantu Chelsea mencatatkan kemenangan 2-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Aston Villa di Villa Park, malam tadi.

The Blues yang ketinggalan satu gol sehingga tamat separuh masa pertama menerusi jaringan pemain pertahanan, Kortney Hause berjaya bangkit dengan dua gol dihasilkan oleh Pulisic dan Oliver Giroud untuk merakamkan kemenangan ke-15 musim ini.

Lebih menarik untuk diperkatakan, Pulisic hanya memerlukan lima minit sahaja untuk kembali mengikat kedudukan selepas beliau dimasukkan pada minit ke-55 bagi menggantikan Ruben Loftus-Cheek.

Sehubungan dengan itu, Lampard turut mengakui bahawa pemain skuad kebangsaan Amerika Syarikat itu begitu ‘lapar’ untuk memberikan impak buat pasukan selepas begitu lama beliau tidak beraksi.

Selain daripada wabak yang melanda, Pulisic juga terpaksa diketepikan dalam tempoh yang lama berikutan kecederaan dialaminya sebelum ini.

”Dia begitu ‘lapar’, saya tahu mengenai perkara itu dan merasakannya. Dia telah menjalani latihan dengan baik. Kemampuannya untuk sampai ke dalam kawasan penalti adalah perkara yang besar.”

”Itu adalah perbezaan antara menjadi pemain yang sangat baik di bahagian saya dan merupakan pemain kelas tertinggi,” ujar Lampard menurut laporan Goal.

”Dengan Christian dan Ross [Barkley], mereka berdua berlatih dengan cukup baik, saya mempunyai masalah dalam membuat pilihan, yang baik. Mereka berdua bermain di minda saya untuk memasukkan mereka pada awal separuh masa pertama.”

Pulisic telah berjaya menjaringkan enam gol dan mencipta dua bantuan jaringan dalam 17 aksi Liga Perdana Inggeris pada musim ini.

Kredit featured image: Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Christian Pulisic:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN