Ia satu keputusan yang jauh lebih baik buat skuad kendalian Frank Bernhardt, UiTM FC apabila meraih mata pertama dalam saingan Liga Super musim 2021.
Selepas melalui tiga kekalahan, berdepan Penang FC yang memiliki benteng yang agak kebal, UiTM FC beruntung kerana berjaya melepaskan diri dengan keputusan seri tanpa jaringan apabila lawan turut bermasalah dengan sentuhan penyudah jentera serangan.
Dalam empat perlawanan, UiTM FC hanya berjaya meledak satu gol ketika tewas 1-3 kepada Terengganu FC dalam aksi pembukaan dan ini adalah yang terburuk selepas dalam musim pertama pada 2020, mereka meraih empat mata dalam empat aksi pertama. The Lions menamatkan musim cemerlang di kedudukan ke-6.
Tapi raja bajet kecil sudah pastilah UiTM FC.
No. 6 Liga Super 2020 kot, hanya satu anak tangga di bawah Selangor.
— RimauXI 🇲🇾 (@RimauXI) March 4, 2021
UiTM FC terpaksa merombak barisan pemain import dengan hanya mengekalkan seorang pemain iaitu pertahanan tengah, Victor Nirennold dan merekrut empat pemain baharu iaitu penjaga gol, Dominik Picak, Adam Reed, Nana Poku dan Abou Bakr Al-Mel.
Empat pemain import musim lalu dilepaskan iaitu Rabih Ataya yang berkelana ke Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Mark Hartmann, Ousmane Fane dan Gustavo Almeida. Boleh dikatakan mereka kehilangan hampir keseluruhan kekuatan musim lalu.
Ketika ditanya di dalam sidang media pandangannya mengenai pemain import musim ini, Frank Bernhardt tanpa berselindung meluahkan kekecewaan.
Tegasnya, “Saya kurang berpuas hati apabila mereka datang ke dalam pasukan dengan kecederaan sebegini dan kita juga mengalami masalah besar untuk memeriksa keadaan mereka dengan baik disebabkan PKP [Perintah Kawalan Pergerakan].”
UiTM FC confirm their new import and local signings for 2021, including Dominik Picak, Adam Reed, Nana Poku, Abou Bakr Al Mel, Khairul Izuan Rosli, Dirga Surdi, Hardee Shamsuri and more. https://t.co/LZFGEJMsg8 pic.twitter.com/qrFfol0DbR
— Darren Goon (@DarrenGoon) January 5, 2021
“Kita tiada pilihan untuk menguji dan memeriksa mereka dengan baik, dan kita telah menandatangani mereka. Pada akhirnya, boleh saya katakan, kami tidak cukup gembira [dengan import] ketika ini,” jelas Frank Bernhardt mengenai pemain import.
“Hari ini kita kehilangan penjaga gol import kita, Dominik mengalami kecederaan yang memerlukan empat minggu untuk pulih. Nana Poku pula selalu mengalami kecederaan ringan ketika dalam padang,” ulasnya lanjut mengenai situasi pemain-pemain tersebut.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Bandaraya, malam tadi, UiTM FC dilihat telah mempamerkan permainan bertahan dengan menunggu lawan membuat kesilapan di kawasan defensive third untuk memulakan serangan balas pantas ke benteng lawan.
Beberapa serangan balas tersebut hampir berjaya memberikan hasil, namun kekentalan benteng Penang FC dikemudi Rafael Vitor dan Ryuji Utomo berjaya membuatkan Nana Poku dan Abou Bakr Al-Mel buntu menyudahkan peluang.
KREDIT FEATURED IMAGE: PENANG FC
Baca lagi artikel lain mengenai UiTM FC:
2 Perubahan Yang Bangkitkan Terengganu FC Untuk Atasi UiTM FC
UiTM FC Sasar Kekal Dalam Liga Super 2022, Idam Ke Pentas Asia
Dominik Picak, Produk Dinamo Zegreb Antara ‘Koleksi’ Terbaharu UiTM FC