Francesco Totti: Saya Mahu Jadi Ejen Sandro Tonali

Sandro Tonali

Legenda Itali, Francesco Totti bukan sahaja optimis Sandro Tonali mampu untuk menjadi pemain tengah terbaik di dunia pada satu hari nanti, malah beliau turut mempunyai perancangan untuk bekerjasama dengan pemain muda berbakat besar tersebut.

Totti yang baharu sahaja melancarkan agensi pemain bola sepak miliknya pada Februari lalu nyata begitu berminat untuk menjadi ejen buat pemain berusia 19 tahun itu.

Tanpa berselindung, Totti turut merasakan beliau merupakan individu terbaik untuk membantu Tonali bagi mengembangkan lagi kariernya yang kini sudah semakin membuka mata banyak pihak, termasuklah kelab-kelab ternama dunia.

”Sekarang saya sangat berminat dalam pencarian bakat baharu, saya boleh katakan bahawa terdapat ramai pemain muda yang berbakat. Tonali adalah yang paling berbakat dalam kalangan mereka.”

”Saya pasti akan melakukan segala yang termampu untuk memujuknya menyertai agensi saya,” ujar Totti menurut laporan Goal.

Embed from Getty Images

”Jika dia bijak, dia akan datang tetapi kalau dia tak berminat dia hanya diam. Tetapi itu juga bergantung kepada pasaran dan bila bola sepak kembali bersambung.”

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Totti sememangnya mengagumi kualiti yang dimiliki Sandro Tonali apabila beranggapan bakal sebaris dengan Frank Lampard, Steven Gerrard dan Daniele De Rossi sebagai antara pemain tengah terbaik di dunia.

”Dia akan menjadi salah seorang daripada pemain tengah terkuat dalam dunia, seperti Gerrard, De Rossi atau Lampard.”

”Dia juga merupakan campuran Pirlo dan [Gennaro] Gattuso. Dia memiliki segala yang diperlukan oleh seorang pemain,” ujar Totti

Pada usia yang begitu muda, Tonali telah berjaya membuat penampilan bersama skuad kebangsaan Itali pada aksi Kelayakan Euro 2020 selepas dimasukkan pada minit ke-74 bagi menggantikan Federico Bernardeschi ketika Gli Azzurri menumpaskan Liechtenstein dengan keputusan 5-0 di gelanggang lawawn.

Kredit foto: Claudio Villa/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Sandro Tonali dan Totti:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN