Francesco Totti: Sandro Tonali Bakal Jadi Pemain Tengah Terbaik Dunia

Sandro Tonali

Legenda hidup Itali, Francesco Totti optimis bahawa bintang muda Brescia, Sandro Tonali berupaya untuk mempamerkan kualiti terbaik sebagai antara pemain tengah terbaik di dunia.

Totti turut beranggapan pemain berusia 19 tahun itu mampu mengikuti jejak langkah bekas pemain terkemuka dunia di posisi tersebut seperti Frank Lampard, Steven Gerrard dan Daniele De Rossi.

Aksi bertenaga ditampilkan sehingga berjaya memecah masuk ke skuad kebangsaan Itali pada penghujung tahun lalu telah menarik minat beberapa kelab gergasi Eropah bagi mendapatkan khidmat pemain yang turut dikatakan mempunyai corak permainan mirip Andrea Pirlo.

Sehubungan dengan itu, Totti melihat potensi besar dimiliki Tonali bakal menjadikannya antara yang terbaik pada satu hari nanti.

Embed from Getty Images

”Dia akan menjadi salah seorang daripada pemain tengah terkuat dalam dunia, seperti Gerrard, De Rossi atau Lampard.”

”Dia juga merupakan campuran Pirlo dan [Gennaro] Gattuso. Dia memiliki segala yang diperlukan oleh seorang pemain,” ujar Totti menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Dia mempunyai kebolehan untuk menukar kepantasan permainan dengan cepat, sangat bagus secara teknikal dan dia juga sentiasa bertenang, pada kedua-dua perlawanan penting atau pun mudah.”

Meskipun Brescia diambang penyingkiran dalam saingan Serie A musim ini, aksi memberangsangkan dipamerkan Sandro Tonali menyaksikan beliau beraksi pada 23 perlawanan dan mencipta empat bantuan jaringan serta menjaringkan satu gol.

Kredit featured image: Emilio Andreoli/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Francesco Totti:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN