Benjamin Mendy menjadikan dunia pengurusan bola sepak Fantasi ke tahap yang lebih baik.
Mana taknya, apabila pemain fantasi anda berhubung dengan pengurus FPL di dunia nyata.
Beliau membuat kenyataan maaf secara rasmi menerusi Twitter beliau kepada pengurus.
Memang sudah menjadi kebiasaan untuk pemain meminta maaf kepada pengurus apabila gagal membalas kepercayaan mereka dengan aksi cemerlang di atas padang.
Selepas aksi cemerlang Mendy sebelum rehat antarabangsa, beliau telah dibeli / dipindah masuk sebanyak 204,461 menjadikan pemilikan sebanyak 2,102,786.
Mendy juga dijadikan ketua pasukan sebanyak 30,584 di FPL.
Namun malangnya, Mendy tidak berada dalam senarai pasukan Pep Guardiola apatah lagi kesebelasan utama.
So many broken hearts today 💔😂 sorry for letting you down guys https://t.co/vUIehFDqp7
— Benjamin Mendy (@benmendy23) September 15, 2018
Kami yakin ramai pembaca semuanyaBOLA yang menjadi pengurus FPL pun terkesan dengan ketiadaan Mendy di dalam pasukan semalam.
Manchester menang 3-0 dalam pertemuan menentang Fulham hasil gol jaringan Leroy Sane, David Silva dan gol separuh masa kedua oleh Raheem Sterling.
Pep Guardiola memang terkenal dengan kejutan dalam pemilihan pasukan. Mujur musim ini beliau konsisten menggunakan Sergio Aguero.
Beliau ada skuad yang besar dan selepas ini akan berhadapan dengan jadual yang pada dengan bermulanya UCL serta kejohanan domestik.