Fox Sports Labur $425 Juta, Amerika Syarikat Gagal Ke Piala Dunia

Fox Sports Amerika Syarikat (AS) sudah membelanjakan angka yang sangat besar untuk menyiarkan Piala Dunia. Fox Sports adalah subsidiari 21 Century Fox (FOX) yang berpangkalan di AS.

Mereka menewaskan seteru mereka ESPN untuk hak penyiaran Piala Dunia 2018 dan 2022 dengan bidaan bernilai $425 juta.

Pada bulan lalu, Fox Sports menayangkan iklan yang menunjukkan Bruce Arena (jurulatih AS) memberitahu kepada penonton:

“Saya nak beritahu anda ini: Kami akan ke sana, dan saya pula akan merindui siaran bola sepak di fox.”

Namun ianya sudah terbalik. Arena akan merindui padang bola sepak dan akan meluangkan banyak masa menyaksikan siaran Fox Sports semasa Piala Dunia.

 

Ini selepas AS ditewaskan dalam kekalahan yang penyokong mereka anggap memalukan kepada pasukan lemah Trinidad dalam perlawanan terakhir.

Fox Sports pening!

Kini Fox Sports sudah kehilangan sejumlah besar audien mereka di USA dan juga penaja-penaja penting untuk temasya sukan no.1 di dunia itu.

Ramai yang menjadikan berita ini sebagai bahan jenaka. Pada tahun Fox Sports menawarkan bidaan paling tinggi dalam sejarah penyiaran Piala Dunia, mereka meratapi potensi kehilangan besar audien di AS.

Fox Sports sebelum ini berpotensi mendapatkan tambahan langganan semasa Piala Dunia dalam pakej sukan dan juga langganan khas dalam siaran Pay Per View (PPV) untuk menyaksikan pasukan AS beraksi.

Ini adalah rekod tontonan di Amerika Syarikat untuk Piala Dunia 2014 berdasarkan sumber daripada ESPN yang merupakan badan penyiar ketika itu:

A.S. vs Belgium (1 Julai 2014): 16.5 juta
A.S. vs Germany (26 Jun 2014): 10.8 juta
A.S. vs Portugal (22 Jun 2014): 18.2 juta
A.S. vs Ghana (17 Jun 2014): 11.1 juta

Angka ini dijangka akan hilang secara drastik. Pada 2014, purata tontonan di Amerika Syarikat untuk saluran Piala Dunia ESPN, ESPN2 dan ABC adalah sekitar 4.6 juta untuk setiap saluran tersebut yang menayangkan 64 perlawanan.

Fox sudah pun menjalinkan kerjasama dengan beberapa saluran lain dalam usaha mereka menyajikan tontonan Piala Dunia terbaik.

Namun mereka  gagal untuk menarik lebih banyak penaja besar yang baru kerana kegagalan pasukan Amerika Syarikat ini.

Mujurlah mereka berjaya memeterai perjanjian awal dengan Verizon (rancangan separuh masa) dan VW (pasca perlawanan).

Namun mereka tetap berhadapan dengan kehilangan berjuta-juta potensi wang masuk ke dalam akaun mereka.

Agak ironi kerana, Fox Sports kini mulai mensasarkan golongan penonton daripada warga Mexico yang tinggal di AS. Mereka dikatakan dalam usaha untuk menyajikan program terbaik untuk penyokong Mexico.

Mungkin mereka akan menjemput pengulas dan pengacara khas berbangsa Mexico dalam slot ataupun saluran khas mereka.

Namun begitu, mereka tidak boleh bercakap Bahasa Sepanyol kerana Telemundo memenangi hak penyiaran untuk Bahasa Sepanyol.

Fox Sports juga berusaha untuk mendapatkan khidmat pemain seperti Neymar, Cristiano Ronaldo dan Messi untuk menarik lebih banyak tontonan dari kalangan orang AS. Ia akan memakan kos tambahan yang besar untuk mereka laburkan dahulu.

Editor Sports Business Daily Austin Karp menggambarkan yang Fox Sports dalam masalah besar kerana mereka kehilangan sebahagian besar audien Bahasa Inggeris dengan gagalnya AS ke Piala Dunia.

“Mereka akan mengharapkan keuntungan daripada perlawanan kalah mati terutama sekali perlawanan akhir, kerana di peringkat kumpulan siaran Telemundo mempunyai ramai penonton.”

“Hal ini kerana negara-negara di Amerika Selatan, dan negra-negara di Eropah seperti Sepanyol dan Portugal akan menonton siaran dalam bahasa Sepanyol yang hak penyiarannya di bawah Telemundo.”

Negara-negara tersebut yang memiliki pemain bintang ternama seperti Ronaldo, Messi dan Neymar.

BUENOS AIRES, ARGENTINA – OCTOBER 05: Lionel Messi of Argentina drives the ball during a match between Argentina and Peru as part of FIFA 2018 World Cup Qualifiers at Estadio Alberto J. Armando on October 5, 2017 in Buenos Aires, Argentina. (Photo by Marcelo Endelli/Getty Images)

Namun pihak Fox yakin mereka akan mampu mengatasi impak daripada kehilangan jumlah tontonan di AS ini. Mereka akan cuba menawarkan program sampingan menarik sepanjang Piala Dunia.

Mereka yakin masih ramai peminat bola sepak di Amerika Syarikat yang akan terpacak di hadapan tv sepanjang Piala Dunia kerana ia adalah sukan no.1 dunia.

Menurut jurucakap Fox:

“Pada malam Argentina berhadapan dengan Ecuador, kami mendapat jumlah tontonan yang sangat tinggi.”

“Amerika Syarikat tersingkir tetapi Ronaldo dan Messi yang merupakan bintang utama bola sepak dunia, mara ke Piala Dunia pada hari yang sama.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN