Foto Tangga Yang Menjadi Perdebatan Di Kalangan Penyokong Penang

Tangga Penang FC 2023

Petang tadi, media sosial Penang FC memuat naik sekeping foto tangga dan ia telah menimbulkan perdebatan hangat di kalangan penyokong.

Pelbagai andaian timbul dan sehingga kini masih ada di kalangan mereka yang cuba merungkai mengapa gambar tangga yang telah dipaparkan.

Gambar itu memaparkan tangga aluminium berlatar belakang gelap dengan tulisan, “He’s coming back home.” Apa mesej tersirat ingin disampaikan?

Dapat dilihat pelbagai komen dari penyokong dengan teori konspirasi yang tiada penyudahnya. Ada yang mengatakan ia simbolik tangga carta liga yang bermaksud Penang akan kembali bersaing di kalangan atasan liga. Ada juga yang katakan pemain tersebut mungkin tinggi orangnya.

Tidak lama selepas itu, Penang mengumumkan Amer Azahar yang kembali ke pangkuan Penang selepas semusim berhijrah ke Kedah Darul Aman.

Ia sekali lagi menimbulkan persoalan. Apa kaitan tangga itu dengan Amer yang beraksi di posisi sayap, malah beliau hanya berketinggian 177 cm.

Tidak dapat dikaitkan langsung Amer dengan tangga. Mungkin yang tepat hanyalah kenyataan yang mengatakan beliau sudah kembali semula.

Mungkin ada di kalangan penyokong yang tidak tahu, tangga adalah antara elemen penting poster pengenalan pemain-pemain Harimau Kumbang.

Untuk itu mereka boleh merujuk semula semua poster pengenalan pemain-pemain yang telah mula dimuat naik sejak tiga hari lalu oleh Penang FC.

Bermula dengan poster bek kiri, Azmeer Aris kembali sehinggalah kehadiran semula Amer Azahar, semua pemain bergambar duduk di atas tangga.

Jadi, tidak lain dan tidak bukan, poster tangga yang dimuat naik itu hanya untuk penyokong berfikir, siapa pula akan duduk atas tangga tersebut.

Teori-teori pelik yang timbul disebabkan foto itu jelas sekali menghiburkan. Hanya disebabkan sekeping gambar, pelbagai persepsi telah timbul.

Dalam pada itu, Penang dilihat mengumumkan sekumpulan pemain muda yang akan membawa cabaran musim depan dengan dikatakan barisan pemain ini adalah hasil pemilihan oleh Manzoor Azwira sendiri.

Walaupun belum ada kata putus tentang peranannya, Manzoor meneruskan kerjanya dengan dikatakan kursus Diploma Pro A akan berakhir pada April.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN