Formasi Y Intensif Dalam Futsal, Ibarat Sistem Gegenpressing Dalam Bola Sepak

Formasi Y dalam futsal merujuk kepada susunan posisi secara 1-1-2.  Ia adalah taktikal yang cuba menyerang dari arah sayap.

Namun fokus kita kali ini adalah kepada sistem formasi Y yang dimainkan secara intensif dan kenapa ia boleh menjadi asas ‘high pressing’ dalam futsal yang mirip gegenpressing di padang bola sepak.

Asas formasi Y dalam futsal adalah:

  1. Seorang Fixo/Last Man
  2. Seorang Pemain Tengah/Pemain Utiliti (pelbagai fungsi)
  3. 2 orang penyerang

Sistem ini agak ofensif dan perlu dimainkan dengan tempo yang tinggi.

Kebiasaannya, formasi ini sesuai digunakan untuk menentang lawan yang lemah. Namun pastikan anda tidak silap perkiraan ke atas kekuatan lawan anda.

Pemain pertahanan di belakang akan menjadi statik untuk bertahan. Jangan buat benda lain, cuma dedikasi dan komited kepada melindungi penjaga gol anda.

Jadi, sebarang serangan balas memerlukan 2 atau 3 pemain di atas untuk turun segera.

Bagaimana untuk mengatasi daripada terlalu terdedah dengan serangan balas  yang kerap?

Pasukan anda harus bermain dalam pressing yang tinggi. Pressing bermaksud memberikan tekanan kepada pihak lawan secara unit.

Ia seperti cuba melakukan counter-pressing di kawasan lawan dengan kuat kerana, unit di belakang terlalu kecil.

Lihat contoh di bawah ini. Ketika pasukan merah kehilangan bola, mereka akan cuba menekan pihak lawan dengan segera.

Pressing Formasi Y

Kekuatan

Kekuatan formasi ini adalah jika pasukan anda memiliki fixo ataupun pemain tengah dengan kualiti visi yang bagus. Fixo adalah pertahanan paling belakang dalam formasi futsal.

Seterusnya adalah, ia boleh memberikan pihak lawan masalah jika fixo mampu bermain hantaran yang licik yang mengelirukan.

Ia juga sangat sesuai dengan sistem taktikal gerakan back door cut.

Baca juga: Gerakan Back Door Cut Adalah Ancaman Tahap Tinggi Dalam Futsal

Pemain tengah ataupun fixo atau pemain tengah perlu ada gerak badan yang mengelirukan ketika melepaskan hantaran.

Sistem ini juga sangat ofensif secara unit. Mereka melabur 3 pemain sekaligus ketika menyerang. Jadi, ia adalah antara sistem yang overload bahagian kawasan gol.

Sistem ini sangat mengancam pihak lawan dalam situasi bola kedua.

Kelemahan

Di atas kami ada menerangkan sistem formasi Y dalam futsal sangat berpotensi untuk diserang balas. Jadi, pasukan yang mengamalkan sistem ini harus bermain dalam sistem pressing yang tinggi.

Jadi, pasukan yang ada pemain dengan rata-rata staminan tinggi, boleh bermain sistem ini. Jika tidak pertukaran pemain yang kerap mungkin penyelesaiannya.

Seterusnya adalah, pemain pertahanan di belakang harus cuba melindungi titik tengah setiap masa. Ini kerana ia titik yang lebih penting untuk dikawal berbanding dengan bahagian sisi.

Jadi, anda sudah boleh bayangkan jika pasukan anda memiliki unit serangan bertiga yang malas untuk mengejar bola ke belakang. Ia berpotensi membuatkan pertahanan akhir anda ‘kena main’ dengan pihak lawan.

Dari segi transisi, ia memerlukan pemain berlari pada kadar yang lebih jauh ketika kembali untuk bertahan sekiranya sistem pressing di kawasan atas berjaya dilangkau (bypassed) oleh pihak lawan.

Rumusan

Jadi, formasi Y dalam futsal ataupun 1-1-2 ibarat gegenpressing dalam bola sepak padang.

Ia memerlukan pasukan yang berkemampuan untuk merosakkan binaan serangan lawan dari belakang selepas hilang bola.

Jadi, banyak pasukan hanya memilih sistem ini sekiranya mereka merasakan mereka ada pasukan yang jauh lebih baik secara teknikal.

Sistem ini juga kerap digunakan untuk serangan habis-habisan (all out) sekiranya pasukan yang wajib menang sedang ketinggalan.

Baca juga: Penerangan Peranan & Posisi Berdasarkan Formasi Dalam Futsal!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN