Formasi 4-3-3: Perang Taktikal AS Roma & SSC Napoli, Siapa Akan Tampil Lebih Gah?

Lupakan seketika derbi della Madonnina. Perlawanan minggu ke-8 Serie A pada malam ini turut menemukan 2 pasukan yang gemar menggunakan formasi 4-3-3 dalam permainan masing-masing.

Kedua-dua kelab turut mempunyai 2 kumpulan penyokong tegar, 2 seteru Scudetto, dan berkongsi perseteruan dengan Juventus, yang melengkapkan wajah 2 kelab yang seakan-akan sama.

Giallorossi dan Partenopei- gelaran yang diberikan buat Roma dan Napoli, akan bertemu sekali lagi tepat jam 2:45am waktu Malaysia. Di sebalik persamaan yang kelihatan secara luaran, apakah yang membezakan anak buah Maurizio Sarri dan Eusebio Di Francesco ini?

Dua Penyerang tengah berbisa tetapi berbeza

Tidak sukar untuk mencari perbezaan kedua-dua pasukan. Lihatlah kepada senarai kesebelasan utama yang sering dipertaruhkan oleh kedua-dua pengendali pada musim ini, anda akan mengesan perbezaan yang ketara di posisi penyerang tengah.

Edin Dzeko (AS Roma) dan Dries Mertens (SSC Napoli) adalah penjaring terbanyak untuk kedua-dua pasukan setakat ini. Musim lalu Edin Dzeko adalah penjaring terbanyak Serie A dengan 29 gol. Manakala Dries Mertens berada di kedudukan ke-2 dengan 28 gol.

Ini juga bermakna perlawanan pada malam ini juga mengenai ‘supremacy’, penyerang paling berbisa di Serie A untuk calon anugerah kasut emas.

(Photo credit should read FILIPPO MONTEFORTE/AFP/Getty Images)

Di sebalik sentuhan penyudah yang tajam kedua-dua pemain, Dzeko dan Mertens tampil dengan karakter yang berbeza.

Dezeko adalah penyerang yang lebih perlahan, dan merupakan seorang penyerang No.9 klasik. Kelebihan utama Dzeko ialah pada kekuatan fizikal milknya, kepekaan untuk berada di posisi yang betul dan memiliki kelebihan untuk memenangi bola di udara.

Oleh kerana itu, pemain antarabangsa Bosnia ini akan lebih banyak bergantung kepada hantaran daripada rakan sepasukan untuk membenarkannya konsisten dalam memberi ancaman.

Dzeko sentiasa berada di dalam kotak penalti lawan. Ini bermakna pemain sayap dan bek menyerang Roma akan kerap naik menghantar hantaran ke arah depan gawang berbanding dengan Lorenzi Insigne dan Jose Callejon, yang kebiasaannya akan membuat ‘cut inside’ atau larian ke arah back-line pertahanan lawan.

(Photo credit should read ALBERTO PIZZOLI/AFP/Getty Images)

Mertens pulak mempunyai karakter penyerang yang sebaliknya berbanding Dzeko. Penyerang antarabangsa Belgium itu memiliki kepantasan, kebolehan teknikal dengan bola yang tinggi dan mampu melepasi kawalan ketat pertahanan lawan secara bersendirian berbanding Dzeko.

Mertens gemar turun ke ‘deep area’ dan menggunakan visi dan teknik untuk menggelecek lawan, mencari ruang untuk mendapatkan hantaran rakan dan juga membuat percubaan daripada jarak jauh.

Secara keseluruhan, peranan Mertens adalah sebagai pemain No.9 jadian (False 9). 29 gol jaringannya dalam Serie A pada musim lepas hanya membuktikan bahawa beliau adalah seorang pemain yang berkualiti.

Kelemahan dan kelebihan pemain sayap kanan

Satu lagi perbezaan ketara di dalam formasi 4-3-3 kedua-dua jurulatih ialah di posisi sayap kanan. Musim lalu, Mohamed Salah berperanan sebagai seorang pemain sayap klasik untuk Roma.

Pengganti kepada Salah, Gregoire Defrel cuba beraksi dengan peranan yang berbeza namun sehingga kini beliau kelihatan bergelut untuk menyesuaikan diri di posisi barunya itu.

(Photo credit should read FILIPPO MONTEFORTE/AFP/Getty Images)

Ini adalah kerana selama 2 musim berada di bawah bimbingan Francesco di Sassuolo, Defrel beraksi sebagai seorang penyerang tengah. Kini Defrel kelihatan seperti sukar menyamai kreativiti yang dimiliki oleh Salah dan persefahaman dengan Dzeko turut menjadi satu isu.

Corak permainan pemain Perancis ini gemar melakukan ‘dribble’, melakukan ‘cut inside’ daripada sebelah kanan sebelum melepaskan rembatan kaki kiri. Beliau turut lemah melakukan hantaran lintang.

(Photo by Francesco Pecoraro/Getty Images)

Bagi Sarri di Napoli, Callejon adalah pilihan automatik di sayap kanan. Pemain dari Sepanyol ini memiliki kebijaksanaan, mempunyai teknik penyudah yang bagus dan memiliki gerakan ‘off the ball’ yang berbahaya.

Ini menjadikan bekas pemain Real Madrid ini menjadi senjata yang efisien ketika Napoli melakukan serangan.

Callejon sering kali memainkan peranan dalam gerakan menyerang ‘trademark’ Napoli, dengan menyempurnakan hantaran lambung Insigne selepas berjaya menyelinap masuk ke belakang blok pertahanan akhor lawan.

Peranan berbeza ‘Deep-lying playmaker’

Serie A Itali sangat sinonim dengan penggunaan seorang deep-lying playmaker. Untuk Roma dan Napoli, pemain yang berada di posisi tersebut mempunyai peranan yang berbeza.

Daniele De Rossi dan Jorginho adalah pilihan kami untuk memulakan aksi buat keduda-dua pasukan pada awal pagi nanti.

(Photo by Silvia Lore/NurPhoto via Getty Images)

De Rossi adalah seorang pemain yang gemar bersemuka dan bersaing di tengah padang dengan terjahan-terjahan. Beliau beraksi secara lebih fizikal, namun berperanan untuk menghantar bola lambung dari tengah padang untuk mencari Dzeko.

Jorginho adalah pemain yang lebih kreatif dan mempunyai kelebihan teknikal yang lebih baik berbanding De Rossi. Kita boleh anggap Jorginho adalah pemain yang lebih elegan berbanding De Rossi.

(Photo by Francesco Pecoraro/Getty Images)

Beliau gemar menguasai bahagian tengah dengan hantaran-hantaran pendek dan pantas sebelum melakukan ‘penetrative pass’ untuk membelah pertahanan lawan.

Kesimpulannya Jorginho adalah seorang regista, pemain yang mempunyai acuan yang sama dengan Iniesta dan Pirlo- walaupun bakatnya belum sinifikan sehingga Napoli dinobatkan sebagai kuasa baru bola sepak Itali.

Rumusan

Perlawanan yang akan dilangsungkan di Stadio Olimpico pada awal pagi nanti adalah salah satu perlawanan yang harus anda tonton. Jika anda adalah seorang peminat taktikal bola sepak, banyak lagi perkara yang boleh kita pelajari dari perlawanan ini.

Perlawanan Roma dan Napoli merupakan salah satu ‘game of the season’ di Serie A pada musim ini, dan kali ini ia menampilkan bagaimana 2 pasukan yang menampilkan formasi 4-3-3 yang sama, tetapi tampil dengan taktikal yang berbeza.

Kita nantikan pertembungan tersebut pada awal pagi nanti!

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN