Falsafah Taktikal Dan Fungsi Pivot Dalam 3-4-3 Selangor Berdasarkan Koridor & Zon

Kami agak tertarik dengan corak pengurusan taktikal pasukan formasi 3-4-3 Selangor. Ini adalah penilaian awal dan bukannya rumusan keseluruhan kerana musim ini baru 2 perlawanan.

Selepas 2 perlawanan, ini rumusan yang dapat kami berikan.

1. Sistem pertahanan bertiga

Ia bukanlah sistem moden bek bertiga. Hal ini kerana, sistem ini sangat rigid/direct dan limited. 3 pertahanan tengah mereka adalah jenis terhad/limited.

Anda boleh rujuk maksud pertahan terhad dengan ball playing di artikel kami yang bertajuk:

Panduan Posisi Ringkas Pertahanan Dalam Bola Sepak

Ugo Ukah adalah pertahanan di unit paling belakang dan kami lebih merasakan beliau adalah jenis sweeper bukannya Libeiro.

Mereka akan cuba untuk membentuk rantain berlima (chain of 5) setiap kali diserang lawan. Kekuatan utama mereka adalah disiplin ketika bertahan. Mereka juga memiliki Ugo Ukah yang sangat kompeten di udara.

2. Sistem tengah berempat

Sistem ini menggunakan pivot berkembar. Di bahagian sayap mereka ada 2 bek sayap. Namun buat masa ini hanya Syahmi Safari yang benar-benar bermain bek sayap.

Manakala di sebelah kiri, Raimi lebih kepada bek sisi yang biasa. Kesannya di bahagian kiri, kelebaran pasukan mereka tidak begitu baik dari segi transisi kepada serangan.

3. Sistem serangan

Ianya adalah sistem serangan bertiga yang aktif. Mereka memiliki 3 pemain yang rajin di atas dan sentiasa bergerak. Forkey Doe adalah penyerang no.9 moden yang tidak terlalu minta disuap dengan hantaran lintang.

Analisis formasi 3-4-3 Selangor berdasarkan 5 koridor dan 3 zon

Kami meletakkan 5 koridor yang merujuk kepada 2 sayap (flank) kiri/kanan, half-space, tengah. 3 zon pula merujuk kepada bahagian pertahanan (defensive third), tengah (middle third), serangan (final/attacking third).

Karakter taktikal 3-4-3 Selangor di bawah P. Maniam

Ianya agak direct dan kurang permainan kombinasi. Mereka lebih kepada sistem hantaran segera kepada penyerang bertiga.

Dari segi compactness, pasukan ini sangah rendah. Mereka sentiasa bermain dalam bentuk yang sangat ‘besar’. Ini adalah gambaran posisi dominan pasukan ini di dalam perlawanan.

Ketika bertahan mereka masih kekalkan pemain di koridor hujung kiri dan kanan. Formasi yang digunakan adalah 5-4-1. Mereka cuba memenuhkan (overload) bahagian tengah pertahnan.

Ketika menyerang, pasukan ini terlalu jauh jarak di antara pemain serangan dengan unit di belakang. Tidak ada sokongan yang kuat di antara pemain. Sebab itu sistem ini kami gelar ia terlalu direct.

Ini adalah ruang yang sangat lemah sokongan secara formasi dan posisi oleh para pemain.

Hal ini berlaku kerana 2 pemain di pivot tidak memberikan sokongan yang lebih baik secara ofensif. Ini adalah moel 3-4-3 Chelsea ketika menekan pihak lawan dengan serangan.

Perkara paling diutamakan adalah sokongan dalam 3 koridor di dalam.

Kkuatan bentuk taktikal Chelsea ini disokong oleh pivot mereka yang aktif memberikan sokongan kepada bahagian serangan dan pertahanan. Pada masa yang sama turut memiliki kemampuan membantu di bahagian sayap.

Chelsea 3-4-3 ketika menyerang

Berbalik kepada kes pasukan Selangor. Pivot mereka memberikan sokongan yang kuat kepada pertahanan. Jadi tak hairanlah mereka sangat sukar ditembusi di pertahanan.

Namun ketika serangan, sokongan pivot ini sangat lemah. Apa yang berlaku, mereka hanya menyerang dalam keadaan sekali serbu. Jika bola terlepas, proses untuk recover/mendapat semula bola dengan segera agak lemah.

Ini adalah gambaran bagaimana animasi taktikal mereka di sebelah kanan akan lebih baik terutama sekali apabila pemain rajin seperti S. Veenod bermain di situ.

Apa yang berlaku, S. Veenod mengurangkan jarak yang terlalu jauh antara pivot dengan bek sayap dan serangan dengan turun ke bawah untuk memberikan sokongan sebagai laluan hubungan.

Jarak yang terlalu jauh ini juga mendesak pemain seperti Forkey Doe untuk kerap turun ke bawah untuk mencari dan meminta bola.

Kesimpulan

Secara umunya, kami merasakan formasi 3-4-3 Selangor adalah lebih kepada menyerap asakan dan melakukan serangan balas segera.

Kami juga merasakan pengurusan taktikal mereka berada dalam koridor dengan baik namun masih terlalu lemah dalam sokongan antara zon.

Maksudnya, koridor mereka tidak terlalu obses untuk ke sayap (pitch wide). Pemain serangan bertiga mereka sentiasa bermain di dalam half-space.

Ini kerana, Adam Nor Azlin dan S. Veenod bukannya tipikal pemain sayap. Jadi, ianya salah satu kelebihan.

Namun masalah utama sistem ini adalah menuntut pemain serangan bermain dengan terlalu banyak tenaga. Mereka boleh mengurangkan aktiviti overused ini dengan sokongan antara zonal.

Setersunya Selangor perlu lebih berani dalam permainan kombinasi dan bermain dengan bola di kaki. Variasi pada formasi tidak cukup baik dan fluid. Ia agak rigid ataupun statik.

Ini adalah penilaian untuk taktikal ini pada awal musim. Jadi, kami bukan merumuskannya untuk satu musim. Kami rasa, masih awal untuk menilainya.

Kami  juga sangat menghargai cara P. Maniam untuk memberikan lebih variasi di dalam sistem permainan bola sepak di dalam liga kita musim ini. Harap beberapa isu diperbaiki dan diperkemaskan lagi.

Selamat berjaya!

Baca juga: Analisis Pendekatan Taktikal Guardiola Dalam Debut EPL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN