Forlan Dipecat Jawatan Pengurus Penarol Hanya Selepas 11 Perlawanan

Diego Forlan Penarol

Diego Forlan mengumumkan beliau tidak lagi berkhidmat sebagai pengurus kelab Uruguay, Penarol selepas hanya menang empat daripada 11 perlawanan sejak dilantik pada Disember lepas.

Pasukannya tewas 2-0 di tempat sendiri kepada Wanderers pada Ahad yang juga merupakan kekelahan kedua dalam empat perlawanan terakhir mereka.

“Sudah tiba masa untuk meninggalkan Penarol. Saya tidak ada sebarang keluhan, itulah lumrah dalam bola sepak ” ciap bekas penyerang Manchester United dan Atletico Madrid berkenaan dalam akaun Twitternya.

“Terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya. Kepada semua pemain, terima kasih di atas kesabaran anda, rasa hormat, dedikasi yang banyak mengajar saya.

“Terima kasih juga kepada semua penyokong untuk kasih sayang anda.”

Kelab yang berpangkalan di Montevideo tersebut kini menduduki tangga ketujuh daripada 16 pasukan dalam liga utama Uruguay. Selepas lima bulan saingan ditangguhkan ekoran pandemik, sudah enam perlawanan berlangsung.

Namun Penarol hanya menang empat perlawanan sahaja sejak Forlan yang juga bekas penyerang kelab tersebut dilantik buat kali pertama.

Dalam bola sepak, bukan semua pemain yang kembali ke kelab asal masing-masing berakhir dengan baik. Forlan mungkin agak bernasib baik ketika di penghujung kariernya beliau dapat membantu Penarol menjuarai liga Uruguay pada musim 2015/16.

Tetapi selepas menggantung but pada Ogos tahun lepas dan kemudian dilantik untuk menjadi ketua jurulatih, ianya tidak berjalan seperti yang diharapkan.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Diego Forlan:

 

Leave a Reply