Penyerang Selangor, Forkey Doe telah didapati bersalah kerana memiliki kereta klon atau tiruan – lapor Utusan Malaysia.
Beliau yang ditahan tempoh hari telah pun disoal siasat dan beliau telah didapati bersalah kerana memiliki kereta tiruan jenama BWM model 325i.
Kereta yang bernombor pendafataran BLK 17 itu ditahan pihak polis sekitar jam 5 pagi tempoh hari.
Hasil dari penangkapan itu, Forkey Doe didenda dengan perlu membayar RM 6 ribu serta berhadapan dengan hukuman penjara selama 6 bulan.
Keputusan itu dilakukan oleh Mahkamah Majistrer di Petaling Jaya dihadapan majistret Atiqah Abdul Karim@Husaini.
Pihak FA Selangor tempoh hari memberikan jaminan yang tiada kompromi bakal diberikan kepada mana-mana pemain yang melanggar undang-undang negara.
Forkey Doe dijangka bakal disingkirkan dari skuad Selangor musim ini selepas apa yang berlaku terhadap beliau.
Malam ini juga menyaksikan pemain Selangor dari Indonesia iaitu Andik Vermansah bakal beraksi dalam perlawanan menentang Sarawak.
Perlawanan Sarawak-Selangor bakal diadakan di Stadium Negeri, Petra Jaya di Kuching jam 8.15 malam.
Baca juga: Lelaki Ini Beri 3 Sebab Kenapa Menjual Ghaddar Tidak Relevan Untuk Kelantan