Fernando Forestieri berharap agar sahabatnya, Rodrigo de Paul akan mampu membantu Argentina untuk menjuarai saingan Piala Dunia di Qatar tahun ini.
Pemain dari Argentina itu telah dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam aksi perlawanan akhir saingan Piala Malaysia bertemu Selangor malam semalam.
Forestieri cemerlang menjaringkan gol kemenangan untuk membantu Johor Darul Ta’zim (JDT) menewaskan Selangor seterusnya memenangi Piala keempat mereka pada musim ini.
https://twitter.com/harimaumalaya7/status/1596575348225093634?s=20&t=GzkCa8-pX0_kf7ffRpaObg
Pemain import JDT itu tidak dinafikan lagi sememangnya memiliki pengaruh yang besar sebalik kejayaan JDT menewaskan Selangor malam semalam dan beliau berhak untuk dinobatkan sebagai pemain terbaik.
Gol jaringan beliau dan Bergson da Silva sudah cukup untuk menewaskan Selangor yang hanya mampu menjaringkan satu gol sahaja menerusi Herlison Caion.
Selepas kejayaan beliau menjulang Piala Malaysia bersama JDT, Forestieri sangat berharap agar negara asalnya, Argentina akan mampu untuk menjuarai saingan Piala Dunia pada tahun ini.
Ditanya oleh wartawan Semuanya Bola tentang pandangan beliau berkait skuad Argentina pada ketika ini, Forestieri mendedahkan bahawa:
Piala Malaysia: JDT Rangkul Semua Piala Musim Ini, Misi 34 Selangor Gagalhttps://t.co/Jm6vup415Z
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) November 26, 2022
“Kamu lihat Sepanyol ketika Piala Dunia 2010, mereka kalah perlawanan pertama dan pada akhirnya mereka muncul juara. Jadi tak mustahil Argentina juga boleh lakukan hal yang sama.”
Jelas Forestieri.
“Kami (bersama Hector Bidoglio) ada bercakap tentang ini dan kami mahu beri tumpuan kepada aksi perlawanan akhir ini dahulu.”
“Sekarang kami dah menang, dan saya tak sabar menunggu untuk melihat aksi Argentina pula selepas ini.”
Forestieri kemudiannya mendedahkan yang beliau sangat berharap agar sahabatnya, Rodrigo de Paul bakal mampu menjulang Piala Dunia pada tahun ini.
Game changer !!! 🇮🇹
Fernando Forestieri meletakkan JDT mendahului 2-1 sekaligus menyaksikan mereka berpeluang menjulang kejuaraan ke-4 musim ini @ASTROARENA pic.twitter.com/f1JLtBzSV1
— karlnunis (@_karlnunis) November 26, 2022
“Saya ada ramai kenalan di sana (dalam skuad Argentina) dan yang paling rapat dengan saya adalah Rodrigo de Paul, saya harap mereka akan mampu julang Piala Dunia pada tahun ini.”
Forestieri bersama skuad JDT malam semalam telah berjaya mencipta sejarah baru dalam sejarah bola sepak Malaysia.
Skuad Johor Darul Ta’zim berjaya menjadi pasukan pertama dalam sejarah yang mampu menyapu semua Piala dalam satu musim.
Jelas sekali anak-anak buah Hector Bidoglio itu bakal melakukan yang lebih baik dalam usaha mereka mahu mengejar cita-cita kelab menjuarai saingan Asia Champions League (ACL) musim hadapan.