Cristiano Ronaldo Dapat Tawaran Kontrak Bernilai RM1 Billion Selepas Sah Dipecat Oleh Man United

Cristiano Ronaldo telah ditawarkan dengan tawaran bernilai £186 juta atau sekitar RM1 billion selama tempoh tiga tahun selepas beliau kini sah sudah dilepaskan oleh Manchester United.

Pada awal minggu baru-baru ini, pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or itu secara rasminya telah dilepaskan oleh Manchester United atas persetujuan bersama.

United memutuskan untuk memecat Cristiano Ronaldo selepas pemain berjersi nombor 7 itu menghentam kelab tanpa belas dalam satu sesi temu bualnya bersama Piers Morgan.

Bintang Portugal itu bukan hanya menghentam kelab dengan beliau turut menghentam pengurus, bekas pengurus dan bekas pemain.

Pemain yang berjaya menjadi manusia pertama menjaringkan gol dari lima edisi Piala Dunia secara berturut-turut itu pada ketika ini tidak mempunyai kelab.

Jelas sekali banyak kelab dalam dunia bola sepak yang sangat berminat mahu mendapatkan khidmatnya walaupun mereka sedar bukan mudah untuk membawa legenda Man United itu untuk sertai kelab mereka.

Terbaru, menurut sumber laporan dari CBS Sport, Ronaldo kini baru sahaja menerima tawaran yang sungguh luar biasa dasyat dari sebuah kelab di Arab Saudi, Al-Nassr.

Ronaldo ditawarkan dengan tawaran kontrak bernilai $225 juta atau hampir RM1 billion walaupun usianya kini sudah menghampiri 40 tahun.

Pada awal tersebarnya berita Ronaldo sudah meninggalkan Manchester United, ramai peminat percaya yang hanya Paris Saint Germain sahajalah kelab yang akan mampu menawarkan kontrak kepada bekas bintang Real Madrid itu.

Walau bagaimanapun, sangkaan peminat ternyata salah dengan kelab kaya raya dari Arab Saudi juga ternyata sangat berminat untuk mendapatkan legenda Portugal itu dan mereka sanggup mengeluarkan dana yang besar untuk mendapatkannya.

Selain Al-Nassr, Newcastle United, Chelsea dan Inter Miami juga turut dilaporkan sangat berminat untuk mendapatkan pemain berusia 37 tahun itu.

Bercakap ketika dalam sesi temu bual kontroversi bersama Piers Morgan, Ronaldo ada mendedahkan yang beliau pernah menolak tawaran luar biasa lumayan bernilai €350 juta.

Tawaran tersebut telah dilakukan oleh sebuah kelab dari Arab Saudi pada jendela perpindahan musim panas lalu dan Ronaldo ketika itu tidak berminat untuk menerima tawaran luar biasa lumayan itu.

“Ya, itu betul, tapi apa yang media sering kata, itu semua tong sampah, mereka kata tak ada sesiapa mahukan saya, itu sebenarnya sangat salah.”

“Saya sejujurnya pada ketika itu masih sangat gembira bersama Manchester United, saya bermotivasi untuk harungi musim ini dengan sangat cemerlang di sini.”

“Tapi mereka terus-terusan mengatakan yang tiada sesiapa mahukan Cristiano. Bagaimana mereka tak mahukan seorang pemain yang berjaya menjaringkan 32 gol tahun lalu? (termasuk gol bersama skuad kebangsaan Portugal).”

Jelas Cristiano Ronaldo.

“Ia sangat sukar, sangat sukar. Tapi pada masa sama, saya rasa saya memang sangat gembira di sini, sebab saya masih berkemampuan untuk menjaringkan gol.”

Kemarin, Ronaldo turut dinamakan sebagai pemain terbaik dalam aksi kemenangan 3-2 Portugal menewaskan Ghana di pentas Piala Dunia.

Beliau ketika ini jelas sekali mahu memberi tumpuan kepada aksi di pentas Piala Dunia sebelum memikirkan tentang masa depannya di peringkat kelab.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN