Menurut Forbes; bintang Argentina dan Barcelona, Lionel Messi diiktiraf sebagai atlet berpendapatan paling tinggi tahun ini.
Lionel Messi menerima £99.8 juta setahun ataupun bersamaan RM529.2 juta setahun, ianya lebih setengah billion ringgit Malaysia.
Sementara itu kapten Portugal, Cristiano Ronaldo berada di tangga kedua dengan pendapatan £85.6 juta setahun ataupun sekitar RM454 juta.
Bintang PSG dan Brazil – Neymar Jr. melengkapkan dominasi 3 teratas oleh pemain bola sepak dengan pendapatan RM437.4 juta.
Penerima pendapatan tertinggi di kalangan atlet tahun lalu – Floyd Mayweather telah tersingkir daripada senarai 10 teratas.
Floyd Mayweather Drops Off Forbes' List, Lionel Messi Takes Top Spot https://t.co/UvlGwcOMAX
— TMZ (@TMZ) June 11, 2019
Dalam ranking 100 teratas, Serena Williams merupakan atlet wanita tunggal di dalam senarai dengan £22.9 juta setahun.
Forbes mengira pendapatan para atlet berdasarkan pendapatan setahun ditambah dengan bonus hadiah kewangan serta hak imej/tajaan daripada Jun-Jun 2019.
Senarai 100 teratas kali ini menyaksikan berlaku peningkatan pada jumlah keseluruhan pendapatan sebanyak 5% berbanding dengan tahun sebelumnya.
Lionel Messi merupakan pemain bola sepak yang kedua selepas Cristiano Ronaldo – mengungguli ranking tahunan Forbes itu. Tahun ini juga menyaksikan pertama kali 3 senarai teratas dikuasai oleh pemain bola sepak.
Sebagai rekod tambahan, di EPL, pemain berpendapatan tertinggi adalah Paul Pogba dengan £25.9 juta – berada di tangga ke-44.
Berikut adalah senarai 10 teratas:
1. Lionel Messi – £99.8 juta
2. Cristiano Ronaldo – £85.6 juta
3. Neymar $105m – £82.5 juta
4. Canelo Alvarez – £73.8 juta
5. Roger Federer – £73.3 juta
6. Russell Wilson – £70.3 juta
7. Aaron Rodgers – £70.1 juta
8. LeBron James – £69.9 juta
9. Stephen Curry – £62.7 juta
10. Kevin Durant – £51.3 juta