Footykids League Luaskan Penyertaan Liga B-16 Ke Melaka dan Negeri Sembilan

Selepas Kuala Lumpur, Footykids League kini membuka penyertaan liga bawah 16 tahun mereka kepada pasukan-pasukan akar umbi yang berpangkalan di Negeri Sembilan dan Melaka pula.

Di Negeri Sembilan, Footykids League akan dianjurkan pada setiap hari Ahad bermula dari 22 September hingga 17 November 2019. Pada setiap minggu, perlawanan akan bermula dari pukul 8 pagi hingga 12.30 tengah hari di Rhino Arena Seremban.

Setiap pasukan yang menyertai Footykids League di Negeri Sembilan ini bakal menerima pingat dan sijil untuk semua pemain, buku taktik kepada semua jurulatih, air dan beg ais.

Sementara itu di Melaka, Footykids League akan dianjurkan pada setiap hari Sabtu bermula dari 22 September hingga 17 November 2019. Pada setiap minggu, perlawanan akan bermula dari pukul 8 pagi hingga 12.30 tengah hari di Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit.

Seperti Footykids League di Negeri Sembilan, setiap pasukan bakal menerima pingat dan sijil untuk semua pemain, buku taktik kepada semua jurulatih, air dan beg ais.

Pasukan-pasukan yang berminat untuk menyertai Footykids League edisi Negeri Sembilan dan Melaka ini dikehendaki segera mendaftar SEBELUM 16 September 2019 dengan menghubungi nombor yang tertera dalam poster di atas.

2019 adalah tahun pertama Footykids League meluaskan operasi liga akar umbi mereka di luar Kuala Lumpur. Ia juga merupakan kali pertama Footykids League menganjurkan liga akar umbi bagi kategori bawah 14 dan bawah 16 selepas berjaya menganjurkan kategori bawah 8, bawah 10 dan bawah 12 pada awal tahun sama.

Footykids League Kuala Lumpur akan bermula dari 21 September hingga 16 November 2019 (kategori bawah 14 tahun) dan 22 September hingga 17 November 2019 (kategori bawah 16 tahun).

Semua perlawanan liga Footykids League Kuala Lumpur akan bermula dari pukul 8 pagi hingga 12.30 tengahari di Rhino Arena Kelab Sultan Sulaiman.

Pasukan-pasukan yang berminat untuk menyertai Footykids League edisi Kuala Lumpur dikehendaki segera mendaftar SEBELUM 16 September 2019 dengan menghubungi nombor yang tertera dalam poster di bawah.

Maklumat lanjut mengenai Footykids League boleh diperolehi menerusi pautan berikut:

Laman web
Facebook
Instagram

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN