Macam Mana Nak Jadikan Kelab Anda Kaya Raya Di Football Manager 2017?

Jika anda bermain Football Manager (FM), tidak semua kelab mempunyai dana bajet yang banyak seperti Real Madrid, Manchester City atau pun Paris Saint Germain.

Jadi bagaimana hendak pastikan kelab anda sentiasa menjana pendapatan yang menguntungkan?

Adakah dengan melakukan cheat supaya bajet kelab anda meningkat menjadi €100 bilion? Oh tidak!

Di sini, kami sediakan beberapa tips bagaimana kelab anda boleh menjana wang dengan banyak di FM!

Pra-musim

Ini merupakan cara paling lazim yang dilakukan oleh kebanyakan pemain FM untuk menjana pendapatan yang banyak untuk kelab.

Caranya adalah dengan melakukan pra-musim dengan mengadakan jelajah ke negara-negara luar.

Namun begitu, pastikan anda membawa pasukan anda ke negara-negara yang mempunyai populasi yang besarr seperti Amerika Syarikat, China ataupun Korea Selatan.

Anda boleh melakukan 2 jelajah pra-musim di 2 negara berbeza pada satu pra-musim. Dan dari 2 jelajah pra-musim itu anda boleh menjana pendapatan £2 juta dari kedua-dua jelajah pra-musim tersebut.

hahahaha

Selain dari itu, wang juga boleh diperoleh dari jualan barangan rasmi pasukan di negara-negara tersebut. Dalam masa yang sama, ia akan menaikkan reputasi anda di negara tersebut.

Dan jika anda masih mempunyai sedikit lagi masa sebelum musim bermula dalam 2-3 minggu, anda boleh melakukan perlawanan persahabatan di stadium sendiri untuk menjana lebih lagi pendapatan.

Hipotesisnya adalah mudah. Lebih besar pasukan yang anda lawan ketika perlawanan persahabatan, maka lebih banyak wang boleh dijana.

Kecederaan boleh datang ketika pra-musim. Oleh itu, beri peluang kepada semua pemain untuk bermain perlawanan pra-musim anda.

Menjual pemain

Jika anda bukan menguruskan kelab yang berasaskan selling club, maka anda boleh cuba cara ini dengan menjual pemain.

Jangan salah anggap, penulis bukanlah mahu anda menjual pemain bintang anda. Namun anda perlu menjual pemain yang bukan berada di dalam pelan anda ataupun pemain muda yang anda rasakan tidak mampu untuk memasuki ke pasukan utama anda.

Namun ada sedikit helah ketika anda hendak menjual pemain anda.

Helahnya adalah anda jual pemain anda dengan harga dibawah harga pasarannya. Sebagai contoh jika harga beliau adalah £20 ribu, maka anda perlu jual dalam harga seperti £10 ribu sahaja.

Helahnya bermula apabila di dalam kontrak, anda meletakkan klausa ‘percentage on next sale’. Dalam klausa itu, pastikan anda letakkan 50% dalam klausa tersebut.

Kelab yang membeli ketika itu pasti akan rasa perkara ini tidak akan berlaku kerana pemain itu mungkin tidak akan berjaya mengubah kariernya menjadi lebih baik pada masa hadapan.

Namun, jika pemain itu berjaya menjadi pemain yang lebih baik dan ada kelab yang mahu membelinya. Ada akan mendapat 50% hasil jualan pemain tersebut kerana klausa tersebut.

Staf sokongan

Anda juga perlu memerhatikan staf sokongan anda yang tidak menepati dengan standard anda.

Ini untuk mengelakkan anda membayar gaji yang lebih kepada staf yang tidaklah sebagus mana.

Ketika mencari jurulatih baru, anda disaran untuk mencari jurulatih yang tidak terikat dengan mana-mana kelab.

Hal ini kerana anda tidak perlu mengeluarkan wang lebih untuk membayar pampasan kepada kelab beliau.

Affliate club

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan wang dengan mempunyai hubungan dengan kelab kecil menerusi affliation.

Jika anda yang menjadi senior affliate club, anda tidak perlu mengeluarkan wang lebih kerana mereka akan membayar yuran tahunan kepada anda.

Selain itu juga anda juga dapat melebarkan pengaruh anda ke negara-negara lain. Negara-negara seperti Amerika Syarikat dan China ada destinasi yang sesuai.

afflite

Melatih semula pemain

Melatih semula pemain ini sesuai dengan pemain dalam skuad senior anda yang tidak berada dalam perancangan anda.

Jika beliau mempunyai versatailiti yang tinggi. Apa kata anda latih beliau di posisi yang baru? Sekurang-sekurangnya anda tidak perlu berbelanja lebih ketika jendela perpindahan.

Kontrak

Apabila memperbaharui kontrak pemain, anda perlu lebihkan bonus berbanding gaji pemain anda.

Sebagai contoh jika pemain anda meminta gaji £500 ribu, anda cuba tawar £450 ribu atau £400 ribu.

Beliau mungkin tidak terima, namun untuk bagi beliau tertarik dengan tawaran anda dengan memberikan bonus lumayan.

Bonus lumayan anda boleh tawarkan di klausa seperti team of the year bonus, qualify to Champions League atau appearance bonus.

Hal ini kerana pemain tersebut tidak semestinya akan dapat memenuhi bonus tersebut. Jadi jika pemain anda berjaya mendapatkan bonus tersebut, wang anda akan terselamat!

jan

Kesimpulan

Banyak lagi cara untuk mendapatkan wang dengan lebih banyak seperti dengan memberikan gaji di bawah bajet gaji kelab dan sebagainya.

Kongsikan tips untuk menjadikan kelab anda kaya-raya di ruangan komen!

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

[adrotate banner=”27″]

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN