“Fokus Sekarang Adalah Kemboja” – Maloney Turut Mahu Perbaiki Aspek Serangan Malaysia

Skuad kebangsaan bawah 23 (B-23) bakal bertemu Kemboja petang ini dalam aksi terakhir peringkat kumpulan dalam saingan Sukan SEA 2022 yang berlangsung di Hanoi, Vietnam.

Walaupun kini sudah pun mengesahkan juara Kumpulan B, nyata perlawanan terakhir ini juga sesuatu yang amat penting buat skuad kebangsaan terutama sekali dalam misi mengekalkan rekod tanpa kalah dalam semua perlawanan.

Hal ini diakui sendiri oleh pengendali skuad negara, Brad Maloney yang memandang serius pada perlawanan tersebut dan enggan memikirkan lawan mereka di peringkat separuh akhir nanti.

Menurut Maloney, beliau berharap agar para pemain mampu memberi aksi yang baik sekali gus mengekalkan rekod cemerlang mereka setakat ini untuk mengelak keciciran mata walaupun sudah melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Maloney juga menegaskan agar anak buahnya tidak leka dalam perlawanan petang ini bagi mengelakkan lawan mengambil peluang mencari kemenangan mereka selain mahu para pemain terus fokus dan berdisiplin di atas padang.

“Saya tidak mahu memikirkan lawan di separuh akhir kerana pasukan seperti Vietnam, Indonesia dan Myanmar cukup kuat dengan memiliki barisan pemain hebat.

“Fokus sekarang adalah berhadapan dengan kemboja termasuklah memperbaiki kelemahan terutama pasukan negara yang gagal manfaat peluang di hadapan gol lawan.

“Jika melihat perlawanan menentang Singapura, kita menguasai perlawanan dan terlalu banyak peluang untuk menjaringkan gol namun gagal menerjah gol lawan,” katanya menerusi Harian Metro.

Malaysia mengesahkan tempat ke pusingan separuh akhir setelah Thailand mencatat kemenangan besar atasi Kemboja dengan keputusan 5-0 sebelum itu di Stadium Thien Truong, Nam Dinh.

Pencapaian itu dilihat berjaya melepasi rekod sebelum ini apabila Malaysia sekadar terkandas di peringkat kumpulan sewaktu kejohanan Sukan SEA lalu di Filipina.

Apa yang perlu dilakukan oleh Malaysia ketika ini adalah untuk terus fokus bertemu Kemboja dengan mencatat keputusan positif agar moral para pemain berada di tahap terbaik untuk aksi di separuh akhir.

Pada perlawanan sebelum ini, Malaysia sekadar terikat seri bersama Singapura dengan keputusan 2-2 setelah berjaya merakam dua kemenangan mengatasi Thailand dan Laos.

Untuk rekod semasa Kumpulan A, nyata tuan rumah iaiti Vietnam berada pada terbaik mereka dengan menjuarai peringkat kumpulan sambil Indonesia dan Myanmar perlu menunggu baki perlawanan terakhir mereka setelah terikat 6 mata.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN