“Fokus Saya Untuk Jaringkan Gol” – R. Barathkumar Akui Bangga Jadi Wira PJ City

Kejayaan Petaling Jaya City baru-baru ini mengikat Sri Pahang di Stadium Darul Makmur dalam perlawanan keempat saingan Liga Super antara sesuatu yang sangat menggembirakan para pemain dan jurulatih setelah sebelum itu mereka dilihat hampir pasti untuk mengalami kekalahan di gelanggang lawan.

Penjaring gol penyamaan perlawanan tersebut, R. Barathkumar antara yang sangat gembira dan akui diri beliau sangat bangga apabila menjadi wira yang menyelamatkan pasukan diwakilinya, PJ City untuk kembali bangkit menyamakan kedudukan dan seterusnya berjaya mencuri satu mata di tempat lawan.

Jaringan cantik pemain ini pada penghujung perlawanan berjaya memberi kelegaan buat pasukan setelah sebelum itu mereka ketinggalan 0-1 di tangan tuan rumah, Sri Pahang sebelum Barathkumar masuk sebagai pemain gantian dan meledak gol penyamaan.

Tindakan P. Maniam selaku pengendali PJ City memasukkan beliau dan Khyril Muhymeen nyata berjaya merubah rentak permainan pasukan tersebut untuk kembali mengimbangi lawan selain ada beberapa peluang turut terhasil buat kelab ini untuk mendahului tuan rumah.

“Saya sedar mempunyai tanggungjawab berat sebaik diarah masuk ke padang sebagai pemain gantian oleh ketua jurulatih, P Maniam, ketika pasukan ketinggalan kepada tuan rumah.

“Fokus saya ketika itu adalah untuk menjaringkan gol bagi menyelamatkan maruah pasukan dan peluang itu saya gunakan sebaiknya untuk menjaringkan gol, yang juga gol pertama bagi musim ini,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Jaringan cantik Barathkumar terhasil pada minit ke-88 setelah sebelum itu mereka ketinggalan 0-1 hasil jaringan pemain Sri Pahang, Manuel Hidalgo pada minit ke-38.

Menurut pemain tengah berpengalaman itu, beliau menyifatkan Sri Pahang sebagai sebuah pasukan yang sangat kuat serta mempunyai barisan pemain cukup baik dan berpengalaman menjadikan PJ City sukar untuk mengawal permainan.

“Tambahan pula kami beraksi di tempat mereka iaitu stadium yang sering kali memihak kepada Pahang dan memang sukar untuk mencipta jaringan,” katanya.

Dalam masa sama, bekas pemain Negeri Sembilan ini mengakui dirinya sangat gembira apabila mampu merealisasikan hasrat pasukan untuk sekurangnya tidak balik dengan tangan kosong selain berjaya mengutip satu mata berharga.

“Saya lega dapat merealisasikan sasaran itu,” kata pemain lincah yang meledak lima gol musim lalu bagi membantu Negeri Sembilan menjulang kejuaraan Liga Premier.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN