“Fokus Pertajam Jentera Serangan” – Sri Pahang Mahu Tampil Lebih Menyakinkan

Setelah tampil menyakinkan pada aksi lalu menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), Sri Pahang kian bersemangat untuk meneruskan momentum mereka dengan lebih positif dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Dengan kini liga berehat agak panjang, Sri Pahang bakal memanfaatkan sebaik mungkin peluang ini untuk mengkaji semula segala kelemahan mereka terutama sekali aspek serangan yang dilihat agak tumpul.

Menurut Datuk Suffian Awang, berada di kedudukan ketujuh carta Liga Super ketika ini belum menjamin sesuatu yang baik buat pasukan dan beliau mahu Sri Pahang hadir dengan lebih baik lagi selepas ini.

“Sebaiknya, tempoh rehat panjang diharap dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk memperkemas dan memperbaiki segala kelemahan.

“Sebaik barisan kejurulatihan dan pemain kembali menjalani latihan Rabu ini, saya harap mereka tampil lebih bersemangat.

“Fokus utama ialah untuk mempertajam lagi jentera serangan serta pertahanan perlu lebih kebal,” katanya menerusi Arena Metro.

Pada musim ini skuad kendalian Christophe Gamel telah mempertaruhkan dua pemain import baharu di bahagian serangan iaitu Mahmoud Za’tara serta Billy Ketkeophompone.

Kedua-dua pemain tersebut setakat ini masih belum cukup memuaskan hati berdasarkan prestasi semasa mereka dalam mengukuhkan jentera serangan Sri Pahang.

Sri Pahang setakat ini telah mengumpul lapan mata keseluruhan daripada lapan perlawanan dihadapi mereka dengan mencatat dua kemenangan dan seri serta empat kekalahan.

Ketika ditanya mengenai persembahan barisan pemain muda mereka, jelas Suffian tampil gembira dengan aksi positif yang diberi terutama pada perlawanan lalu ketika Sri Pahang terikat seri bersama JDT.

Menurut Suffian, para pemain muda berjaya membalas kepercayaan yang diberikan kepada mereka dengan baik walaupun hadir kali pertama musim ini dalam saingan Liga Super.

“Jika kekal dengan prestasi terbaik itu, saya percaya mereka boleh berada dalam kesebelasan utama seperti dipersembahkan ketika seri 2-2 berdepan JDT 18 Mei lalu.

“Pada masa sama, mereka adalah anak jati Pahang yang diharap mampu membantu Sri Pahang beroleh kejayaan,” katanya.

Beberapa nama pemain muda yang berjaya mempamerkan aksi positif sehingga kini adalah Saiful Jamaluddin, Hasnul Zaim Zafri, Syaahir Saiful Nizam, Nur Izzat Che Awang dan Sharul Nizam Nadzir.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN