Mbappe Perjelas Sebab Buat ‘U-Turn’ Untuk Kekal Bersama PSG

Kylian Mbappe Lottin

Kylian Mbappe telah menjelaskan sebab sebenar beliau membuat ‘u-turn’ untuk terus kekal bersama Paris Saint-Germain (PSG).

Bintang Perancis itu sebelum ini hampir pasti meninggalkan Paris pada musim panas akan datang selepas kontrak beliau bersama PSG tamat pada Jun.

Mbappe kemudiannya dikhabarkan akan menyertai Real Madrid secara percuma.

Namun demikian pemenang Piala Dunia itu menukar fikirannya dan menandatangani kontrak selama tiga tahun untuk kekal bersama PSG pada Sabtu lalu – sebelum menjaringkan hatrik menentang Metz pada hari yang sama.

Mbappe dilaporkan akan menerima €100 juta setahun, dan diberikan kuasa untuk memilih sendiri pengurus pasukan yang baharu, selain diberikan peranan kapten pasukan dan tugas utama mengambil sepakan penalti.

Penjelasan Mbappe

Pada Isnin, melalui satu sidang media rasmi oleh PSG, Mbappe tampil di hadapan media menjelaskan keputusannya itu.

“Semua orang tahu saya mahu berhijrah tahun lalu, dan saya juga yakin ia adalah keputusan terbaik pada ketika itu,” kata beliau kepada media.

“Beberapa tahun telah berlalu dan konteks pada hari ini sudah berbeza. Ia merangkumi perkara berkaitan kesukanan dan peribadi. Saya bebas untuk membuat keputusan, dan saya tahu betapa pentingnya perkara tersebut di Perancis.

“Di sini adalah negara di mana saya membesar. Dari dulu saya menetap di sini, dan meninggalkan negara saya sendiri bukan perkara yang betul.

“Terdapat aspek sentimental di sini. Ini adalah negara saya.

“Projek sukan [di PSG] juga berubah. Itu menyebabkan saya mahu kekal di sini kerana saya tidak mahu kisah saya berakhir.”

Pesanan buat penyokong Real Madrid

Mbappe kemudiannya turut memberikan mesej kepada penyokong Los Blancos yang begitu berharap perpindahan pemain itu ke Estadio Santiago Bernabeu menjadi kenyataan.

“Mesej kepada penyokong Real Madrid? Saya mahu ucapkan terima kasih, kerana mereka sentiasa mahu menerima saya.

“Saya faham kekecewaan yang dialami mereka, dan saya harap mereka boleh faham bahawa saya mahu kekal beraksi di negara saya.”

Mbappe menamatkan saingan Ligue 1 sebagai penjaring terbanyak untuk empat musim berturut-turut.

Setakat ini beliau telah menjaringkan 168 gol untuk PSG. Mbappe hanya memerlukan 33 gol sahaja lagi untuk menjadi penjaring terbanyak The Parisians – memintas rekod yang kini dipegang oleh Edinson Cavani.

Rancangan TV Sepanyol, El Chiringuito mendakwa Mbappe memaklumkan niatnya untuk kekal di PSG kepada Presiden Real Madrid, Florentino Perez melalui aplikasi WhatsApp: “Saya berhubung dengan anda untuk memaklumkan saya telah memutuskan untuk kekal bersama PSG.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih untuk peluang yang anda berikan beraksi di Madrid, kelab yang saya sokong sejak zaman kanak-kanak.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN