FMLLP Umum Pindaan Jadual Liga Malaysia Untuk Harimau Malaya

Dalam perkembangan terbaru, Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) mengumumkan pindaan jadual Liga Malaysia 2018.

Pengumuman tersebut diumumkan melalui satu kenyataan media yang disiarkan di laman Facebook badan pentadbir bola sepak negara berkenaan sebentar tadi.

Untuk pindaan yang diadakan pertama kali pada tahun ini, ia membabitkan perlawanan unifi Liga Super Malaysia dan juga saingan 100Plus Liga Premier Malaysia.

Dua pusingan perlawanan dipinda membabitkan saingan minggu ke-6 (LS6) dan juga saingan minggu ke-7 (LS7) membabitkan pertandingan bola sepak dua divisyen utama negara itu.

LS6 untuk saingan unifi Liga Super akan dipinda pada 9 dan 10 April, manakala LS7 akan dilangsukan pada 23 dan 24 April.

Bagi 100Plus Liga Premier, LS6 akan ditunda ke tarikh 5 dan 6 Jun, manakala LS7 akan dilangsungkan pada 10 dan 11 Julai akan datang.

Dalam kenyataan tersebut, sebab utama pindaan terpaksa dilakukan ialah untuk memberi laluan dan keutamaan untuk skuad negara bersaing di pentas antarabangsa.

Sumber: FMLLP, Facebook

Skuad Harimau Malaya dijadualkan akan bertemu Mongolia dalam satu perlawanan persahabatan pada Khamis akan datang di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Skuad negara kemudian akan terbang ke Beirut untuk pertemuan dengan Lubnan dalam saingan terakhir Kelayakan Piala Asia UAE 2019.

Satu lagi perlawanan antarabangsa bertaraf ‘A’ turut dijadualkan membabitkan pasukan kebangsaan, masing-masing pada  31 Mac 2018 atau 1 April 2018.

FMLLP turut mengesahkan pindaan tersebut dipohon oleh pihak pengurusan skuad kebangsaan dan kelulusan diberikan oleh FMLLP atas agenda kepentingan saingan skuad negara di pentas antarabangsa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN