Adakah Pemilik AC Milan, Yohong Li Sudah Muflis?

Beberapa minggu yang lalu Corriere della Sera melaporkan pemilik AC Milan, Yonghong Li telah diiktiraf muflis apabila sebahagian besar aset beluau telah dilelong di Toabao.

Toabao adalah satu laman e-dagang ala e-bay versi China. Satu lagi laporan di Amerika Syarikat oleh New York Time dan akhbar ekonomi Il Sole 24 Ore juga melaporkan perkara yang sama.

2 akhbar itu melaporkan pemilik AC Milan tidak memiliki sebarang dana segar dalam aliran bank beliau.

Yonhong Li memiliki aset pegangan saham utama perusahan emas Zhufai Zhongfu dengan pegangan saham 11.39% bernilai €60 juta.

Zhuhai Zhongfu pun dalam proses untuk disenarai lelong untuk membayar hutang kepada beberapa bank di Jiangsu dan Canton.

Beberapa hari yang lalu, ada beberapa laporan di China menulis akan hal ini. Namun maklumat itu agak lemah kerana penulis enggan mengesahkan akan hal itu dan lebih kepada spekulasi.

Yonghong Li berjaya membeli AC Milan daripada Silvio Berlusconi yang berkuasa di AC Milan selama 30 tahun. Beliau telah berbelanja sebanyak €740 juta untuk membeli AC Milan, sekaligus mengakhiri era Silvio Berlusconi yang menguasai Rosoneri selama 30 tahun.

Pemilik baharu AC Milan yang berasal dari China.

Selepas itu, Li telah menyokong untuk revolusi baru Milan dengan pemberian dana perpindahan melebihi €160 juta dalam jendela perpindahan pra-musim ini.

Corriere della Sera melaporkan Yonghong Li memiliki aset bernilai €100 juta untuk cuba mengatasi masalah ini.

Namun Li telah membuat satu lagi pinjaman dana daripada Elliot Management yang bernilai €300 juta. Bunga yang dikenakan adalah 100% ataupun €300 juta.

Firma kewangan dari Amerika Syarikat itu dikatan setuju memberikan tambahan dana €30-40 juta lagi jika AC Milan layak ke UCL pada musim hadapan. Beliau turut membuat pinjaman daripada beberapa bank di beberapa buah negara.

Corriere della Sera yakin bahawa Yonghong Li sebenarnya sudah muflis sebaik sahaja bersetuju membeli Milan pada April. Namun beliau mengambil risiko dan yakin akan menjana keuntungan dengan publisiti di China.

Ini kerana peminat bola sepak di China semakin meningkat. Tetapi AC Milan gagal untuk melakukannya. Milan masih belum menjadi pasukan luar China yang berpengaruh di China.

Kenyataan pihak Yohong Li

Yohong Li sudah menjawab kenyataan ini dalam satu ucapan Tahun Baru Cina beliau. Li berkata:

“Beberapa media tidak bertanggungjawab telah melaporkan berita palsu bahawa saya sudah muflis menyebabkan kerosakan (damage) kepada kelab, syarikat, keluarga dan diri saya.”

“Dari hari pertama saya pegang AC Milan saya sudah menghadapi banyak kesukaran dan tekanan yang tak diduga. Berkaitan dengan laporan palsu oleh beberapa laporan media, saya ingin menenangkan keadaan di kelab ini dan dan dalam pasukan.”

“Kami masih tidak faham apa motif tuduhan itu tetapi kami sudah berada pada satu tahap kelab dan keluarga saya terkena impak yang teruk.”

“Kali ini saya ingin ambil kesempatan untuk jelaskan hal ini, harap ini penjelasan terakhir. Berkenaan dengan aset saya, semuanya selamat dan masih milik saya. Kelab dan syarikat-syarikat saya masih beroperasi seperti biasa.”

“Seterusnya, saya tidak perlukan kredit ke atas berita yang tak betul ini dan fokus kami sekarang adalah untuk mengurus dan membangunkan kelab serta pasukan ini. Kami akan terus menyokong Rino Gatusso.”

“Kami akan buat apa sahaja untuk membawa kelab ini ke puncak semula.”

“Saya tidak terlepas sebarang perlawanan kita musim ini. Saya melihat pemain menangis selepas kalah, dalam satu fasa paling teruk musim ini. Saya sangat terkesan dengan emosi dan suasana di sini.”

“Kami boleh kendalikan tekanan besar ini kerana kami yakin akan memberikan sesuatu ganjaran kepada peminat AC Milan di seluruh dunia.”

Rumusan

Buat masa ini, tiada sebarang sebaran rasmi daripada kerajaan China tentang status muflis Yohong Li. Dan kami boleh katakan, beliau masih dalam kawalan untuk aset dan entiti perniagaan beliau.

Mungkin ini berita yang menggembirakan penyokong AC Milan yang tidak mahu masalah seperti ini menghantui mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN