FMLLP Bakal Ambil Tindakan Tegas Kepada Pasukan Yang Tidak Patuhi Peraturan

Pihak Football Malaysia LLP (FMLLP) menerusi hebahan terbaru di laman Facebook mereka telah mengeluarkan kenyataan mengenai hal bayaran gaji berserta KWSP, Perkeso dan juga cukai buat para pemain.

Menurut FMLLP, mereka sentiasa membantu setiap pasukan Liga Malaysia dalam urusan melengkapkan dokumen-dokumen yang dilakukan dalam urusan pendaftaran pemain sambil mengambil tindakan tegas jika segala tugas itu tidak disempurnakan dengan baik.

Bagi musim 2018, FMLLP menerusi pihak sekreteriat FMLLP telah mencadangkan beberapa jenis hukuman bagi pasukan yang gagal menyempurnakan urusan pendaftaran pemain dan juga dokumen.

Salah satu hukumannya adalah dengan hanya memberikan wang agihan hak penyiaran dengan nilai separuh sahaja dari nilai sebenar.

Hukuman pemotongan mata dan sekatan perpindahan akan mula digunakan sekiranya pasukan gagal mengemukakan dokumen pendaftaran sebelum 31 Mac 2018.

Hukuman yang lebih berat akan diberatkan kepada pasukan yang gagal mendapatkan lesen kelab untuk musim 2019 sebelum Jun 2018. Hal ini kerana, mereka bakal dihukum dengan hukuman bagi pasukan yang tidak berlesen.

Pasukan yang melakukan kesalahan berulang bakal dikenakan hukuman yang lebih berat bagi pasukan yang melakukan kesalahan kali pertama.

Mereka berpotensi untuk tidak memperoleh sebarang agihan dana jika mereka memulakan musim tanpa dokumen yang lengkap.

Sekiranya masih tidak lengkap pada tarikh 31 Mac, hukuman sekatan perpindahan dan juga pemotongan mata akan menanti pasukan yang bersalah.

Kelantan antara pasukan yang dikenakan hukuman pemotongan mata dan sekatan perpindahan pada musim lalu. Kredit:TRW, Facebook

Hukuman paling berat yang bakal menanti pasukan adalah penamatan perjanjian perkongsian akan dikuatkuasa pada bulan November 2018.

Hukuman tersebut akan dilakukan sekiranya pasukan gagal mendapatkan lesen kelab pada 2019 kerana gagal melunaskan hutang tertunggak.

Hasil dari hukuman tersebut, pasukan yang dihukum tidak dibenarkan untuk menyertai 2 divisyen teratas Liga Malaysia iaitu Liga Super dan Liga Perdana.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN