FMLLP Sentiasa Cuba Bantu FA Selangor Isu Berkaitan Stadium

Dalam satu kenyataan media sebentar tadi Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) menegaskan mereka sentiasa berusaha untuk membantu Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk mendapatkan gelanggang yang sesuai untuk mereka dijadikan gelanggang rasmi bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2018.

Sehubungan dengan itu, badan penganjur tersebut turut menafikan laporan-laporan bahawa FMLLP sering cuba melakukan sabotaj terhadap pasukan-pasukan yang bertanding sebagai tidak berasas dan tidak benar sama sekali.

FMLLP berkata demikian setelah mendapat makluman bahawa FAS telah menerima lampu hijau daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Kebenaran untuk menggunakan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur bermakna pasukan Selangor dibenarkan untuk beraksi pada sebelah malam, memandangkan stadium berkenaan telah pun memenuhi syarat berkaitan yang dikuatkuasakan oleh FMLLP sebelum ini.

Disebabkan perkembangan terbaru ini, FMLLP sebagai bandar penganjur Liga Malaysia turut menyatakan kesediaan untuk merombak kembali jadual perlawanan sedia ada, kerana sebelum Selangor, Kuala Lumpur FA dan juga PDRM FA turut mendaftarkan stadium berkenaan sebagai gelanggang rasmi masing-masing.

Stadium Bolasepak Kuala Lumpur dijangka akan kembali digunakan pada musim depan. FOTO: Kelab Penyokong Bolasepak Kuala Lumpur

“Sebagai contoh sekarang, Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras kini telah mempunyai 2 pasukan yang telah memohon untuk bermain di situ. Pihak FMLLP tetap mempertimbangkan sewajarnya penggunaan pasukan Selangor sebagai pasukan ke-3 yang akan bermain di situ.”

“Pasukan Selangor adalah sebuah pasukan yang besar dan selayaknya bermain perlawanan di waktu malam. Pihak FMLLP juga mengambil kira tentang penyokong Selangor yang dekat untuk ke stadium memberi sokongan,” ujar kenyataan tersebut.

Pertimbangan membenarkan Selangor untuk menggunakan stadium berkenaan turut mengambil kira nilai liga dengan kehadiran yang ramai di kalangan penyokong Selangor ke stadium.

Sumber: mStar

Perlawanan pada sebelah malam juga akan membenarkan siaran secara langsung membabitkan pasukan Selangor disiarkan, dan diyakini mampu menarik ramai penonton untuk menyaksikannya.

“Jadi kenyataan berbaur seperti FMLLP cuba menggagalkan itu adalah tidak benar sama sekali, malah ianya akan memberi kesan yang besar kepada liga jika pihak FMLLP cuba menggagalkan usaha pasukan Selangor serta pasukan-pasukan lain di dalam liga,” tegas FMLLP menutup kenyataan tersebut.

Setelah gagal untuk kembali beraksi menggunakan Stadium Shah Alam akibat kemelut dengan Kerajaan Negeri Selangor dab gagal mendapat kelulusan untuk menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil, Selangor dijadualkan untuk beraksi di sebelah petang di Stadium Selayang pada asalnya.

Perkembangan terbaru ini bermakna Selangor bakal beraksi di sebelah malam, dan ini bakal mengembalikan nostalgia ‘Derbi Lembah Klang’, apabila Kuala Lumpur dan Selangor pernah berkongsi menggunakan Stadium Merdeka satu masa dahulu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN