4 Pemain Ini Masih Aktif Dan Mempunyai Kelulusan Pendidikan Yang Tinggi

Kelulusan pendidikan

Menjadi pemain bola sepak tidaklah seperti kerjaya profesional lain di luar sana yang memerlukan seseorang itu mempunyai kelulusan pendidikan tinggi untuk menembusi pasaran sesuatu pekerjaan.

Cukup sekadar dengan memiliki kemahiran dan kualiti yang diperlukan untuk menjadi pemain bola sepak serta perlu gigih dalam menjalani latihan.

Bagi empat orang pemain terkenal yang masih aktif beraksi di Eropah ini bukan sahaja hebat di atas padang malah mereka juga mempunyai kelulusan pendidikan yang tinggi dalam bidang pilihan mereka.

Mari kita singkap mengenai kelulusan pendidikan pemain-pemain tersebut:

1) Vincent Kompany 

Kapten Manchester City dan skuad kebangsaan Belgium ini adalah merupakan pemegang Ijazah Sarjana (Masters) dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di Alliance Manchester Business School.

Beliau mengakui pendidikan adalah sangat penting bagi dirinya kerana itulah yang telah ditanamkan oleh mendiang ibunya sejak dari kecil lagi.

”Rasanya ini seperti penghormatan yang sesuai buat ibu saya untuk meneruskan karier dalam akademik saya dengan belajar MBA.”

Foto: Skysports

Kompany juga berpendapat beraksi secara profesional juga memerlukan pengurusan kewangan seperti perniagaan.

”Apabila anda beraksi dalam bola sepak di peringkat tertinggi, walaupun menguruskan kewangan sendiri, anda mula menjadi seperti menjalankan perniagaan.”

Pengurusan kewangan sangat penting buat para pemain kerana kita seringkali mendengar mengenai bekas pemain yang mengalami masalah tersebut sehinggakan ada yang hidup merana.

2) Giorgio Chiellini

Pertahanan kental Juventus dan Itali ini juga mempunyai kelulusan pendidikan yang tinggi apabila beliau telah menerima Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Turin pada bulan April 2017.

Chiellini membuat thesis berkaitan dengan kelab yang disertainya sejak 2005 itu yang bertajuk ‘The Business Model of Juventus Football Club in an International Context’.

Thesis yang disiapkan Chiellini.

Menurut laman web rasmi Juventus, perbentangan thesis yang dilakukan Chiellini telah mendapat markah tertinggi daripada panel.

Kental di bahagian pertahanan, kental juga menyiapkan thesis tersebut. Itulah Giorgio Chiellini!

3) Juan Mata

Pemain kelahiran Sepanyol ini bukan sahaja pernah beraksi dengan dua kelab di Liga Perdana Inggeris malah beliau juga telah memperolehi dua Ijazah Sarjana Muda (Degree).

Ijazah yang pertama dimiliki Mata adalah dalam bidang Sains Sukan ketika beliau masih di Sepanyol.

Sementara itu ijazah yang keduanya dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Pemasaran di Madrid’s Universidad Camilo Jose Cela melalui pengajian jarak jauh sewaktu beraksi bersama Chelsea.

Foto: Playstationschoolcup.com

Menurut Juan Mata, beliau tidak mempunyai masalah untuk membahagikan masa dengan belajar dan karier bola sepak.

”Saya fokus dalam karier tetapi saya tidak merasakan bola sepak dan pelajaran adalah perkara yang eksklusif. Saya boleh melakukan kedua-duanya!”

4) Simon Mignolet

Penjaga gol Liverpool ini merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Politik di Universiti Leuven, Belgium. Beliau juga fasih untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, Belanda, Jerman dan Perancis.

Mignolet mengakui bahawa ibu bapanya yang membawa beliau untuk melanjutkan pelajaran.

”Apabila saya mula bermain bola sepak, ibu bapa saya memberitahu saya supaya menyambung pelajaran di universiti. Mereka hanya berkata agar membuat pilihan dengan bijak dan mencari sesuatu yang saya boleh gabungkan dengan latihan.”

”Ia bukan kerana minat dalam bidang politik. Ianya adalah berkenaan saya mempunyai sesuatu dibelakang saya sekiranya berlaku sesuatu yang salah.”

Rumusan

Pencapaian mereka ini serta para pemain lain juga yang mempunyai ijazah dan sebagainya telah membuktikan pemain bola sepak juga mampu untuk menjadi memiliki kelulusan akademik yang baik seandainya mereka berusaha untuk mempelajari sesuatu selain daripada bola sepak.

Perkara-perkara negatif yang dilakukan pemain bola sepak sama ada pemain tempatan mahupun antarabangsa memberikan imej yang kurang baik pada pandangan peminat.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN