FMLLP Luah Rasa Kecewa Terhadap Pasukan Yang Tak Patuh Peraturan Media

Separuh akhir Piala FA Malaysia musim ini dipalit dengan kontroversi.

Ia bermula apabila Pahang yang merupakan tuan rumah kepada pasukan Negeri Sembilan memilih untuk membatalkan siaran langsung yang sepatutnya disiarkan di saluran NTV7.

Terbaharu, pihak FMLLP telah mengeluarkan kenyataan di laman Facebook mereka dengan rasa kecewa dengan tindakan pasukan yang melanggar peraturan media.

FMLLP telah memantau secara rapi isu-isu yang berkaitan media pada perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala FA 2017 yang berlangsung malam tadi.”

Menurut mereka, FMLLP telah berusaha sedaya upaya supaya pihak media dapat membantu Komisioner Perlawanan.

FMLLP mencuba sebaik mungkin sebelum dan semasa perlawanan untuk menyelesaikan isu ini di venue dengan menghantar wakil Unit Media bagi membantu Komisioner Perlawanan.”

Walaubagaimanapun, perkara ini tidak dapat diselesaikan dan jelas perlanggaran peraturan telah berlaku.”

Gambar: Pahang FA

Menurut FMLLP, pihak media merupakan antara watak penting dalam bola sepak negara.

Pihak media dan liputan yang diberikan adalah komponen penting di dalam bola sepak Malaysia.”

Pihak FMLLP kemudiannya memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan situasi yang berlaku pada aksi Separuh Akhir 1 Piala FA Malaysia itu.

Untuk semua pihak yang terkesan, FMLLP amat kesal perkara ini berlaku dan memohon maaf kepada media, penyokong dan semua pemegang taruh yang telah dikompromi dengan pelbagai cara termasuklah kekurangan liputan untuk perlawanan berprofil tinggi seperti ini.”

Tindakan dijangka bakal diambil kepada si pesalah atas tujuan kesedaran dan iktibar pada masa akan datang.

Baca juga: 8 Pekerjaan Rakyat Marhaen Yang Melahirkan Pemain Kebangsaan (Sempena Hari Pekerja)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN