Kevin Tuduh TSAM Putar Belit Fakta Dan Memprovokasi

FMLLP menyifatkan dakwaan Tan Sri Annuar Musa kepada mereka adalah berunsur provokasi.

Ianya selepas TSAM tidak berpuas hati kerana Kelantan dihalang untuk mendaftarkan Seydi L Imam. Dipetik dari sumber Mstar Online, CEO FMLLP, Kevin Ramalingam berkata:

“Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) tidak dibenarkan untuk membawa masuk Syedi L Imam bagi menggantikan Alessandro Padovani Celin yang kurang cergas ketika ini kerana mereka masih gagal melengkapkan proses pendaftaran Liga Malaysia 2017.”

“Kenyataan Tan Sri Annuar (Musa) tak betul kerana sekatan perpindahan itu dikuatkuasakan akibat kegagalan Kelantan melengkapkan pendaftaran pasukan. Kenyataan kami tak pernah berubah dari itu.”

“Mereka perlu kemuka atau muatnaik empat dokumen utama iaitu deklarasi gaji, pembayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Perkeso dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui Sistem Pengurusan Maklumat Bolasepak (SPMB).”

“Tetapi pasukan Kelantan tetap gagal berbuat demikian.”

Masih ada masa

FMLLP memberitahu Kelantan perlu melengkapkan proses pendaftaran pasukan terlebih dahulu dengan mengemukakan empat dokumen utama sebelum 11 Jun 2017 yang merupakan tarikh akhir jendela perpindahan.

Ini jika mereka benar-benar mahu mendaftarkan Seydi.

Tambah Kevin lagi:

“Pada Januari FMLLP telah memberikan amaran, ia diikuti peringatan sehinggalah kita jatuhkan hukuman pemotongan mata pada 2 Mei lalu.”

Kevin mengesahkan sebenarnya Kelantan masih punyai banyak mada lagi untuk melengkapkan dokumentasi untuk menyokong proses perpindahan tersebut.

“Kalau tak sempat waktu itu (sebelum ini) buatlah sekarang, Kelantan masih ada masa lagi.”

“Kita cuma ingin menggalakkan (Kelantan) buatlah apa yang mereka sudah tahu perlu lakukan. Ini sudah jelas tapi tanpa menangani isu ini, tanpa buat apa yang sepatutnya, sekatan pemain tetap dikuatkuasakan.”

FMLLP mahu Kelantan lebih serius mematuhi peraturan selepas ini. Terutama sekali yang melibatkan dokumentasi yang diperlukan.

“Jika mereka sudah kemukakan dokumen-dokumen itu, tidak timbul masalah dalam soal perpindahan pemain.”

“Masalah ini berlaku kerana meireka masih belum melakukan apa yang dikehendaki FMLLP.”

“Sudah berbulan-bulan, jadi kenapa ini dijadikan isu sedangkan mereka sudah lama tahu isu ini.”

Kevin turut meminta Kelantan dan TSAM berhenti memutar belitkan fakta. Mereka harus melakukan apa yang perlu dan bukannya menimbulkan isu baru.

Kevin juga berpendapat, jika TSAM sekadar bising di media sosial tetapi tiada tindakan, ia tidak akan menyelesaikan apa-apa.

“Kalau peraturan diambil serius, mereka tak akan bising. Namun mereka (Kelantan) mahu menggambarkan keadaan peraturan (FMLLP) adalah untuk menghukum dan mencacatkan pasukan Kelantan, ini semua tak benar.”

“Peraturan yang sama wujud untuk semua pasukan. Kalau pasukan lain yang dikenakan pemotongan mata boleh buat (lengkapkan pendaftaran) kenapa Kelantan tak boleh.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN