Ranking Harimau Malaya Naik 3 Anak Tangga, Filipina Kekal Terbaik Di Asia Tenggara

Ranking terkini FIFA menyaksikan Malaysia naik 3 anak tangga dari kedudukan 158 kepada 155 Dunia.

Ia adalah kedudukan terbaik Malaysia sejak Jun 2015 di mana Malaysia menduduiki tangga ke-153 dunia.

Malaysia masih belum terlibat dalam perlawanan antarabangsa sejak 22 Mac 2017. Perlawanan persahabatan di Filipina yang berakhir 0-0.

Aksi Malaysia dan Korea Utara masih ditangguhkan. Pasukan Nelo Vingada hanya akan turun dalam perlawanan antarabangsa menentang Lebanon pada 13 Jun hadapan.

Photo by Kamarul Akhir / www.asiana.my

Hong Kong masih berada di hadapan Malaysia, apabila berada di kedudukan ke-148 dunia.

Maldives dan Singapura pula berada di belakang skuad kita dengan masing-masing berada di ranking ke-156 dan 157.

Filipina menjadi pasukan Asia Tenggara di ranking tertinggi dengan kedudukan di tangga ke-126 dari tangga ke-127 sebelum ini.

Manakala Thailand di rangking ke-127 buat masa ini. Kenaikan 2 anak tangga.

Vietnam di ranking ke-131. Indonesia kini di ranking ke-175. Satu peningkatan yang positif 2 anak tangga dari kedudukan ke-177.

Iran mengatasi Korea Selatan sebagai pasukan Asia di rangking terbaik di dunia. Iran menduduki tangga ke-30 dunia. Manakala Korea Selatan dan Jepun masing-masing di tangga ke-43 dan ke-45.

Hasrat India untuk memasuki rangking 2 digit tidak kesampaian buat masa ini. Mereka masih kekal di tangga ke-100 dunia.

9 ranking teratas FIFA untuk June masih kekal. Ini bermakna Brazil masih di tangga teratas diikuti Argentina dan Jerman. Itali pula turun ke tangga ke-11 apabila dipintas Poland untuk tangga ke-10.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN