Pihak FMLLP akan mengambil tindakan serius kepada semua pasukan Liga Malaysia yang berlaku ingkar terhadap peraturan yang telah ditetapkan.
Semalam, pihak FMLLP telah mengeluarkan kenyataan di Facebook mengenai pengesahan mengenai pasukan pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga Super dan Liga Perdana pada musim 2017.
Dalam masa yang sama, pihak FMLLP telah mengeluarkan satu lagi surat makluman kepada seluruh pasukan Liga Malaysia mengenai peringatan agar mematuhi peraturan liga.
Tindakan serius
Pihak FMLLP akan berlaku tegas dalam mengambil tindakan terhadap pasukan Liga Malaysia yang melanggar pertaturan liga.
FMLLP turut mengkhususkan peringatan itu terhadap 2 pasukan Liga Super dan juga 3 pasukan Liga Perdana yang belum lagi melangsaikan bayaran gaji terhadap pemain mereka.
Menurut FMLLP, 5 pasukan tersebut belum lagi menyelesaikan beberapa perkara lain seperti menyelesaikan bayaran semua gaji dan tunggakan gaji Pegawai dan Pemain musim 2016 hingga November 2016 serta mengemaskini KWSP dan PERKESO.
Di pihak FMLLP, mereka akan akan terus berhubung dengan 5 pasukan Liga Malaysia yang masih belum lagi menyelesaikan masalah ini.
FMLLP boleh mengambil tindakan tegas terhadap pasukan mengikut Perkara 16.3.d (mukasurat 33), Perkara 37.2 (mukasurat 50) dan Perkara 43 (mukasurat 54) Manual Liga Malaysia 2017.
Jadi apa yang akan menanti 5 pasukan tersebut sekiranya mereka gagal menyelesaikan semua perkara yang dituntut?
Pihak FMLLP akan mengenakan hukuman dan tindakan pemotongan mata boleh dilakukan.
Baca juga: Kedah FA: “Kami Bersedia Berunding Dengan FAM Mengenai Tan Cheng Hoe”