Kedah FA: “Kami Bersedia Berunding Dengan FAM Mengenai Tan Cheng Hoe”

Pihak Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menyatakan hasrat dan kesediaan untuk berunding dengan pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai status Tan Cheng Hoe.

Menurut laporan MStar Online, pihak KFA sedia berunding dengan pihak FAM bagi mewujudkan situasi menang-menang antara kedua-dua belah pihak.

Rundingan

Menurut Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar pihak FAM wajar bertemu dengan pihak KFA bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

“Saya rasa eloklah pihak FAM dan KFA duduk berbincang mengenai isu Tan Cheng Hoe ini.”

“Kami berharap agar kata sepakat berjaya ditemui supaya ia dapat menguntungkan bola sepak negeri dan juga negara.”

Aminuddin juga meningatkan sekali lagi yang pihak KFA tidak akan membuat sebarang keputusan selagi pihak FAM tidak menghantar surat tawaran jawatan penolong jurulatih skuad kebangsaan kepada Tan Cheng Hoe.

Gambar: Kamarul Akhir/Asiana

Akhir musim

Tambah Aminuddin lagi, Tan Cheng Hoe masih lagi terikat dengan kontrak bersama pasukan Kedah.

Untuk rekod, Cheng Hoe mempunyai kontrak sehingga akhir musim ini dan beliau menegaskan yang jurulatih tersebut masih lagi kekal sebagai ketua jurulatih skuad Kedah.

“Kami belum lagi ada kata putus yang rasmi untuk membenarkan beliau untuk keluar dari pasukan Kedah untuk sertai skuad kebangsaan.”

“Sebab itu kami mahukan beliau mengemukakan surat tawaran dari FAM sebagai bukti yang beliau telah ditawarkan menjadi penolong jurulatih skuad kebangsaan.”

Baca juga: Ahmad Bashah: “Tan Cheng Hoe Masih Lagi Jurulatih Kedah”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN