FMLLP Bidas Pihak Yang Berhalusinasi Ada Konspirasi Menjatuhan Beberapa Pasukan

Football Malaysia LLP (FMLLP) telah menerima pelbagai reaksi daripada peminat bola sepak Malaysia sejak akhir-akhir ini.

Ada pihak yang menuduh FMLLP berat sebelah dan cuba menjatuhkan beberapa pasukan di dalam negara. Dalam kenyataan rasmi mereka, FMLLP berkata:

“Football Malaysia LLP (FMLLP) mendapat laporan mengenai satu post berkenaan 4 pasukan yang menduduki tangga kedua hingga keempat Liga Super 2017 yang dikatakan bermasalah dan sengaja dikenakan denda.”

“Apa salah Pahang?”

“Untuk makluman, Pahang dikenakan denda tidak mengambil lessen AFC selama 2 tahun kerana melanggar Artikel 14 Statut FAM – Obligasi Ahli.”

“Apa salah Perak?”

“Perak pula dikenakan denda sebanyak RM35 ribu dan bermain 2 perlawanan tanpa penonton berkaitan Tanggungjawab Bagi Kelakuan Penonton & Penganjuran Perlawanan (Artikel 70 & 68 Kod Tatatertib FAM).”

“Salah Kedah dan Felda pula?”

“Felda United dan Kedah pula kerana kegagalan pasukan untuk mematuhi peraturan Pelesenan Kelab yang ditetapkan.”

“Dengan jelas pasukan-pasukan ini telah melakukan kesalahan dan mereka didenda atas sebab mereka sendiri. Kenapa mahu menyalahkan pihak lain?”

“Adakah penyokong lebih suka kami berdiam diri dan tidak mengambil sebarang tindakan di atas kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana pasukan?”

“Bukankah bolasepak Malaysia sudah cukup lama menutup mata yang menjadi sebab utama kita tidak dapat bertanding di peringkat antarabangsa?”

“Tepuk dada, tanya diri sendiri, dan jangan timbulkan konspirasi dimana tiada!”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN