Pengadil Serie A Ini Disiasat Kerana Buat Akaun Facebook Palsu

Pengadil Serie A, Giacomelli kini berhadapan dengan siasatan selepas beliau membuat satu akaun palsu di facebook dan kemudian memuat naik gambar Francesco Totti sedang mengambil sepakan penalti dalam perlawanan derbi Roma-Lazio.

Giacomelli dilaporkan telah menggunakan nama facebook Jack O’Melly yang sebutannya hampir sama dengan Giacomelli.

Selepas imej itu, pendakwaraya di Mahkamah Persekutuan Itali, Giuseppe Pecoraro telah mengumpul beberapa maklumat dan bukti untuk mendakwa Triestino Piero Giacomelli.

Siasatan mendapati, Giacomelli ada rekod pengadilan yang agak buruk terutama sekali melibatkan perlawanan Lazio vs Roma.

Giacomelli kini bakal berhadapan dengan pertuduhan memuat naik imej yang tidak sepatutnya di dalam media sosial. Ianya merupakan salah satu salah laku yang terkandung dalam undang-undang untuk pengadil bola sepak di Itali.

Giacomelli juga kini akan didakwa kerana menggunakan nama palsu untuk mengelirukan identiti di laman sosial. Beliau telah menggunakan nama palsu Jack O’Melly.

Selepas perlawanan di Stadium Olimpico pada 11 November lalu, pengurus Lazio, Simone Inzaghi berang dengan prestasi pengadil dalam perlawanan Lazio menentang Torino. Beliau kecewa terutama sekali dengan kad merah kepada Immobile.

Lazio tewas 1-3 dalam perlawanan tersebut. Selepas perlawanan itu juga, beberapa penyokong Lazio telah mencari akaun sosial Giacomelli dan mereka mendapati pengadil tersebut menggunakan nama Jack O’Melly.

Di Itali, pengadil dilarang mewujudkan akaun media sosial palsu untuk menyembunyikan identiti mereka.

Pengadil juga dilarang sama sekali terlibat dalam perbincangan berkumpulan di forum e-mail, blog, media sosial dengan menggunakan akaun palsu ataupun berpura-pura menjadi individu lain.

Dalam pada itu, penyokong Lazio turut menfailkan saman kepada pengadil Giacomelli dan pengadil yang menjaga VAR (Marco Di Bello) ketika perlawanan Lazio vs Torino. Ini selepas mereka memberikan penalti yang silap walaupun selepas penilaian VAR. Mereka diwakili oleh firma guaman Previti

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN