The Flowers of Manchester: Busby Babes, Kebangkitan Semula, & Kisah Mencari Legasi Yang Hilang

Kemalangan. Malapetaka. Tragedi. Anda boleh ungkapkan sendiri kisah tragis yang menimpa skuad Manchester United genap 61 tahun yang lalu, pada hari ini.

Sipnopsisnya: 6hb February 1958. Pesawat yang membawa skuad dengan jolokan ‘The Busby Babes’ terhempas ketika dalam cubaan ketiga berangkat dari Munich selepas kembali dari Kejohanan Eropah.

23 orang terkorban di dalam nahas ini, termasuk 8 pemain Manchester United kendalian pengurus Mat Busby.

7th February 1958: The front page of the Daily Sketch reporting the Munich air crash, in which 23 people died, including 8 Manchester United footballers from the team known as the Busby Babes. (Photo by Bob Thomas/Getty Images)

The Flowers of Manchester

The Flowers of Manchester– sebuah lagu ciptaan Eric Winter yang juga merupakan Pengarah filem animasi terkenal, Sing.

Jika didendangkan, ia cukup untuk menceritakan kisah tragis yang menimpa skuad Busby Babes yang dicanang mempunyai potensi menguasai bola sepak Inggeris dan Eropah satu masa dulu.

Andai anda ingin tahu lebih lanjut berkenaan tregedi Munich ini, kami pasti terdapat banyak artikel dan telefilem yang mengisahkan kisah duka yang menimpa skuad dengan jolokan Busby Babes.

WRECKAGE OF MANCHESTER UNITED AIRLINER (Photo by PA Images via Getty Images)

Apa yang penulis ingin kongsikan di sini ialah bagaimana sebuah kelab bola sepak yang telah jatuh dan bangkit kembali- bersaing dan menjadi antara kelab yang paling berjaya di dunia: Manchester United F.C.

9 pemain terselamat. Jackie Blanchflawer (pertahanan) dan Johnny Berry (pemain sayap) mengalami kecederaan teruk lantas menamatkan karier masing-masing.

8th February 1958: Manchester United football manager Sir Matt Busby (1909 – 1994) lying in an oxygen tent in Munich Hospital after the air crash which killed eight members of his team. (Photo by Keystone/Getty Images)

Ken Morgans, berusia 18 tahun ketika kejadian, hilang sentuhan selepas tragedi tersebut. Pengurus, Matt Busby sendiri terlantar selama dua bulan di hospital akibat pelbagai kecederaan.

Sport, Football, pic: March 1958, The remaining Manchester United officials and players pictured soon after the tragic Munich air crash, Front row, left-right, Joe Armstrong (Chief Scout), Bill Inglis (Assistant Trainer), Jimmy Murphy (Acting Manager), Jack Crompton (Trainer/Coach, 2nd Row, left-right, (forwards) John Giles, Colin Webster, Tom Spratt, Ernie Taylor, Shay Brennan, Alex Dawson, John Mooney, Mark Pearson, Reg Hunter, 3rd row, left-right (half backs) Fred Goodwin, Bob English, Reg Holland, Ron Cope, Harold Bratt, Bob Harrop, 4th row, left-right (full backs) Barry Smith, Ian Greaves, Bill Foulkes, Peter Jones, 5th row, (goalkeepers) Gordon Clayton, David Gaskell, Harry Gregg (Photo by Popperfoto/Getty Images)

Saat sukar Manchester United

Sepanjang tempoh sukar itu, skuad United dibimbing oleh pengurus pasukan simpanan dan pembantu kepada Matt Busby di Old Trafford, Jimmy Murphy.

Seperti satu kebetulan, Jimmy tidak mengikuti skuad United ke pertandingan Eropah pada ketika itu kerana mempunyai komitmen antarabangsa bersama Wales.

Sport, Football, pic: 4th May 1958, 1958 F.A. Cup Final at Wembley, Bolton Wanderers 2, v Manchester United 0, The Manchester United bench in front of the Royal Box prior to kick-off, Jimmy Murphy the Acting Manager is 3rd left on front row and behind him seen waving is the Manager Matt Busby who at that time was still recovering from injurues sustained at Munich (Photo by Popperfoto/Getty Images)

Dengan baki pemain yang ada, Manchester United hanya menang sekali daripada baki 14 perlawanan Liga Inggeris musim tersebut.

Mereka mengakhiri cabaran di tempat kesembilan liga. United tetap United. Manchester United mara ke perlawanan akhir Piala FA pada musim tersebut, sebelum ditundukkan 0-2 kepada Bolton Wanderes di Wembley.

Football, 4th May 1958, Wembley, London, FA Cup Final, Bolton Wanderers 2 v Manchester United 0, The Manchester United Assistant Manager Jimmy Murphy and captain Bill Foulkes lead out the team onto the pitch (Photo by Popperfoto/Getty Images)

Pada musim berikutnya, UEFA menjemput Manchester United untuk beraksi sebagai pasukan jemputan bersama-sama Wolverhampton Wanderes (layak secara merit) sebagai tanda sokongan dan ingatan kepada tragedi yang melanda.

Disebabkan Manchester United bukan melayakkan diri secara merit, pengurusan Liga Inggeris (Football League) tidak membenarkan penyertaan mereka pada musim tersebut.

Mat Busby kembali bina Manchester United

Setelah pulih daripada kecederaan dan trauma akibat tragedi, Mat Busby kembali Old Trafford untuk mengetuai cabaran Manchester United pada musim berikutnya. Tanggungjawab berat untuk membina pasukan yang baru sedia menanti.

(L-R) Manchester United trainer Jack Crompton guides manager Sir Matt Busby down the touchline (Photo by Peter Robinson/EMPICS via Getty Images)

Bersama-sama dengan pemain yang terselamat dalam nahas Munich seperti Bobby Charlton, Harry Gregg dan Bill Faulkes, Matt Busby menandatangani tiga pemain baru seperti Albert Quixall, Noel Cantwell dan Maurice Setters.

Memasuki era 1960 an, pemain-pemain seperti Dennis Law, Pat Crerand dan bintang muda George Best turut dibawa masuk membentuk skuad United yang baru.

Geogre Best (left) and Denis Law during a Manchester United training session at the Cliff in Manchester, circa 1970. (Bob Thomas/Getty Images)

Walaupun dengan penyertaan muka-muka baru, skuad bimbingan Matt Busby tidak menunjukkan persembahan yang meyakinkan di dalam liga. Jauh sekali untuk layak beraksi di peringkat eropah.

Istimewanya Manchester United ialah identiti mereka yang sering dahagakan trofi. Walaupun menduduki tempat ke-19 liga pada musim 1962/63, United merangkul trofi pertama sejak tragedi Munich dengan menundukkan Leicester City 3-1 dalam final Piala FA 1963 di Wembley.

Era The Red Devils

Era ‘The Red Devils’ bukanlah satu kebetulan. Idea nama jolokan ‘The Red Devils’ adalah sebahagian daripada formula Mat Busby untuk mengemudi Manchester United ke era kegemilangan baru.

Visi beliau ialah untuk ingin melihat United bangkit daripada tragedi pahit di Munich. Gelaran “The Red Devils” sebenarnya diambil oleh Matt Busby daripada pasukan ragbi tempatan yang berpengkalan di Salford, Manchester.

Manchester United manager Matt Busby (fourth r) holds the League Championship trophy aloft as he and his players parade it around Old Trafford: (l-r) Denis Law, Bill Foulkes, Shay Brennan, David Sadler, Bobby Charlton, Jimmy Ryan, Busby, Alex Stepney, Tony Dunne, Pat Crerand, George Best (Photo by PA Images via Getty Images)

Ia ternyata nama pilhan yang tepat dengan pasukan yang memerlukan identiti yang baru. The Busby Babes di dalam kenangan. Selamat datang era The Red Devils!

Kejayaan menjulang Piala FA musim sebelumnya adalah tonik buat Matt Busby dan barisan barunya. Musim berikutnya, United mulai garang.

Dennis Law menjaringkan 46 gol dan membawa United menduduki tempat ke-2 liga pada musim 1963/64.

The Red Devils kuasai Eropah 

Musim 1964/65, kehebatan gandingan Law-Charlton-Best sebagai rangkaian serangan Manchester United sehingga digelar The Holy Trinity menjulang skuad Matt Busby sebagai juara Liga Inggeris pada musim tersebut..

Musim 1966/1967, Manchester United menjulang satu lagi kejuaraan liga sebelum memenangi Kejohanan Eropah pertama mereka pada tahun 1968.

(Photo by Popperfoto/Getty Images)

Ironinya, Manchester United adalah kelab Inggeris pertama yang menjulang trofi di peringkat Eropah walaupun selepas tragedi di Munich.

Kejayaan menjulang Kejohanan Eropah pada tahun 1968 adalah satu kejayaan yang penuh emosi buat Matt Busby dan The Red Devils selepas gagal melakukannya pada tahun 1958.

Manchester United’s Bobby Charlton (c) glances a header past Benfica goalkeeper Jose Henrique (r) to score the opening goal (Photo by PA Images via Getty Images)

Kejayaan menewaskan Benfica 4-1 di final itu turut membawa gelaran “Sir” kepada Matt Busby, penghargaan sebagai pengurus pertama yang membawa kelab Inggeris menjulang trofi di peringkat Eropah. Sir Matt Busby!

Pasca Sir Mat Busby

Selepas era Sir Matt Busby, kelab yang mendapat jolokan The Red Devils ini sering bergelut dengan prestasi.

Wilf McGuiness, Tommy Docherty, Dave Sexton dan Ron Atkinson pernah menerajui skuad United namun gagal memenuhi harapan kejayaan peminat.

Manchester United’s Stuart Pearson (second r) scores past Liverpool goalkeeper Ray Clemence (l) (Photo by Peter Robinson/EMPICS via Getty Images)

Satu-satunya kejayaan pasca era Sir Matt Busby yang dilabel suram ialah ketika menjulang Piala FA Inggeris pada 1977. Manchester United menewaskan gergasi Eropah dan seteru kuat mereka pada ketika itu, Liverpool 2-1 di Wembley.

Fasa selepas Sir Matt Busby sebagai pengurus, yang meninggalkan Old Trafford sepenuhnya pada 1971 adalah antara fasa paling suram bagi kelab berpengkalan di Manchester ini.

Selamat datang Sir Alex

Selepas Ron Atkinson, Alex Ferguson dilantik sebagai pengurus pada tahun 1988. Seperti yang ramai ketahui, tiga tahun yang sukar kisah permulaannya.

Apa yang berlaku selepas itu adalah sejarah dan gemilang tidak tercapai oleh mana-mana pengendali bola sepak seantero dunia sehingga kini.

UNITED KINGDOM – FEBRUARY 26: Scottish footballer Ferguson (born 1941) played for Rangers before moving to Falkirk in 1969. Following success as the manager of Aberdeen FC, he went on to manage Manchester United in 1986. By 2005 his successes included winning the Premiership title eight times, the FA cup five times, as well as the League Cup, European Cup, and the European Cup Winners’ Cup. He was awarded the OBE in 1983, knighted in 1999, has been Manager of the Year five times, and was named Premier League Manager of the Decade in 2003. (Photo by SSPL/Getty Images)

Dianugerahkan gelaran ” Sir” selepas membawa Man United menjulang treble, era Sir Alex Ferguson bukan sahaja mengukuhkan kelab tersebut sebagai yang terhebat di dalam sejarah bola sepak Inggeris.

Diikuti oleh 659 juta penyokong di seluruh dunia, diiktiraf sebagai kelab terkaya di dunia oleh badan kewangan antarabangsa, kejayaan Manchester United di dalam padang seiring dengan pencapaian di luar padang.

MANCHESTER, UNITED KINGDOM – MAY 12: Sir Alex Ferguson kisses the Premier League trophy after the Manchester United versus Swansea City FA Premier League match, the final home game for Sir Alex Ferguson as United manager, at Old Trafford on May 12th 2013 in Manchester (Photo by Tom Jenkins/Getty Images)

Sejak tiba di Old Trafford pada November 1986, Sir Alex telah membantu Manchester United menjulang 49 trofi, termasuk 13 gelaran EPL, 5 Piala FA Inggeris, dan 2 kejuaraan UEFA Champions League.

Kejayaan Sir Alex di Old Trafford juga sinonim dengan kumpulan pemain yang digelar Class of 92′; iaitu kumpulan pemain yang menjadikan kelompok pemain muda sebagai tunjang dan asas pasukan seperti mana ketika era The Busby Babes.

Rumusan

Harapan dan impian penyokong dan peminat untuk melihat Manchester United meneruskan legasi kehebatan dan kejuaraan terus kekal tinggi.

David Moyes dan Louis Van Gaal dianggap gagal oleh pemerhati bola sepak. Begitu juga dengan Jose Mourinho. Untuk adil, Van Gaal berjaya meraih Piala FA sebelum melepaskan jawatannya di Old Trafford. Manakala Mourinho tampil dengan trofi UEFA Europa League dan Piala EFL. Ole Gunnar Solskjaer dicanang sebagai legasi Sir Alex.

Ini kisah Busby Babes. Ini kisah sebuah kebangkitan. Juga kisah bagaimana satu legasi keramat tercipta: The Flowers of Manchester, sentiasa di dalam kenangan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN