Florentino Perez: “Peliknya Inter Milan Nakkan Modric Tapi Tak Nak Bayar”

Florentino Perez menyatakan sepanjang hidup beliau, dia tak pernah lagi terlibat dalam urusan jual beli pemain di mana, ada kelab mahukan pemain kelab lain tetapi enggan membayar harga.

Modric masih ada kontran dengan Real Madrid dan pemain itu telah menjadi sasaran utama perpindahan Inter Milan.

Beberapa minggu lalu Real Madrid memberikan amaran akan mengheret Inter Milan ke pengadilan kerana ada menghubungi pihak Modric tanpa pengetahuan ataupun izin mereka.

Namun perkara itu dinafikan oleh Inter Milan yang menyatakan mereka tiada menghubungi pemain tersebut secara pintu belakang.

Luka Modric menang anugerah Pemain Terbaik UEFA 2017/18 menewaskan Ronaldo dan Mohamed Salah.

Presiden Real Madrid ketika hari majlis itu bercakap kepada wartawan yang beliau seakan-akan tidak percaya dengan ‘sikap’ Inter Milan dalam usaha mereka mendapatkan Luka Modric.

“Mereka cuba mendapatkan pemain no.10 kami, tetapi tak nak bayar wang.”

“Ini pertama kali perkara ini berlaku dalam hidup saya.”

Inter Milan dilaporkan menawarkan pakej kontrak lumayan bernilai €10 juta semusim di Inter Milan dengan opsyen untuk di kelab China pada fasa akhir karier beliau kelak.

Perez memberitahu yang Real Madrid tidak mahu menjual Modric, kecuali Inter Milan dan Modric mengaktifkan klausa perlepasan yang ada pada kontrak pemain itu.

TALLINN, ESTONIA – AUGUST 15: Luka Modric of Real Madrid shoots during the UEFA Super Cup between Real Madrid and Atletico Madrid at Lillekula Stadium on August 15, 2018 in Tallinn, Estonia. (Photo by Alexander Hassenstein/Getty Images)

Ianya dilaporkan bernilai €750 juta ataupun £672.6 juta.

Kenyataan Perez itu mendapat perhatian Javier Zanetti yang merupakan naib Presiden Inter Milan. Beliau memberikan respon:

“Saya tak baca lagi komen Florentino Perez itu. Namun kami akan menilai dan menguruskannya dengan cara yang betul atas keputusan sebagai kelab.”

Luka Modric selepas menerima anugerah Pemain Terbaik UEFA berkata beliau gembira kekal di Real Madrid yang merupakan kelab terbaik di dunia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN