Florentino Perez Mulai Menyesal Dengan Penjualan Cristiano Ronaldo?

Perpindahan Cristiano Ronaldo ke Juventus dianggap sangat mengejutkan sebelum ini. Pemain Portugal itu awalnya dijangka akan bersara di Santiago Bernabeu. Namun ketika pra musim, Ronaldo tiba-tiba dikaitkan dengan Juventus.

Cristiano Ronaldo pernah memberitahu alasan sebenar di sebalik perpindahan beliau iaitu kerana Florentino Perez. Menurut Ronaldo, beliau hanya melihat Perez mahu menjadikannya alat perniagaan. Dan perkara itu Ronaldo dapat rasa ketika bercakap dengan Perez secara bersemuka.

Ronaldo mulai merasakan dirinya tidak lagi menjadi pemain yang diperlukan atas alasan bola sepak di Real Madrid dalam 4-5 musim terakhir.

Florentino Perez mulanya menganggap penjualan Ronaldo akan membawa lebih banyak keuntungan dan pulangan kepada Real Madrid. Perez tidak nampak bersungguh-sungguh mahu mengekalkan penjaring terbanyak dalam sejarah kelab mereka itu.

Sebaik sahaja Juventus menghantar bidaan lebih €100 juta, beliau terus memberitahu Ronaldo akan bidaan itu. Ronaldo yang ketika itu dalam fokus untuk tugasan skuad kebangsaan di Piala Dunia, menyatakan beliau akan mempertimbangkannya.

Sebaik tamat Piala Dunia 2018, Ronaldo membuat keputusan untuk ke Juventus dan menyatakan kepada Real Madrid, beliau berminat untuk ke sana. Terus tawaran itu diterima oleh Real Madrid.

Namun begitu, selepas itu, Real Madrid gagal mendapatkan pemain pengganti. Real Madrid terlepas peluang mendapatkan bintang besar seperti Eden Hazard, Neymar ataupun Kylian Mbappe.

Selain daripada kehilangan Ronaldo, Real Madrid juga kehilangan Zinedine Zidane. Real kemudian melantik Julen Lopetegui menggunakan pintu belakang. Ianya menimbulkan kemarahan RFEF yang memecat Lopetegui sebelum bermulanya Piala Dunia 2018.

Real Madrid ketika itu mengumumkan Lopetegui dalam hebahan media rasmi mereka tanpa menghormati RFEF. Lopetegui selepas itu gagal memberikan impak di Real Madrid.

Ayah Lopetegui pernah menyuarakan bahawa anaknya ‘dirompak’ oleh Real Madrid kerana menjual pemain sehebat Cristiano Ronaldo namun gagal membeli mesin gol yang baru.

Perez pernah meminta Lopetegui untuk menggunakan pemain seperti Gareth Bale berbanding dengan memikirkan membeli pemain baru menggantikan Ronaldo – ini selepas kesukaran mereka untuk membeli pemain pada pasaran perpindahan.

Chelsea dilaporkan enggan melepaskan Hazard dengan harga £200 juta. Real menunggu situasi di PSG, mereka mengharapkan kelab itu disabitkan kesalahan FFP dan terpaksa menjual salah seorang pemain seperti Neymar dan Mbappe. Namun sehingga ke hari ini, PSG masih tidak diganggu oleh FFP.

Selepas segalanya serba tak menjadi, Tuttosport melaporkan bahawa Florentino Perez kini menyesali tindakan beliau pada pra musim lalu. Selain daripada sikap acuh tak acuh untuk memujuk Zidane kekal, penyesalan terbesar adalah melepaskan Ronaldo tanpa ada pelan transisi lebih baik.

Real Madrid sepatutnya mendapatkan dahulu pengganti Ronaldo sebelum menjual pemain itu ke Juventus.

Real Madrid kini berhadapan masalah untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh mesin gol yang menjaringkan 30-40 gol semusim untuk mereka itu.

Real Madrid bergelut di hadapan gol dan kerapkali tewas dalam perlawanan yang dianggap boleh menang (winnable).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN