Quantcast

KAJIAN & FAKTA

Rumitnya Konflik Napoli Dan FIGC Tentang Isu Perkauman Di Itali

Napoli sudah mengesahkan mereka akan tetap dengan pendirian yang mereka sudah nyatakan sebelum ini.

Beberapa minggu lalu Carlo Ancelotti berkata beliau akan mengarahkan pasukannya ‘walk off’ ataupun keluar meninggalkan padang jika pegawai perlawanan gagal mengambil tindakan lebih tegas – ketika para pemain beliau diserang dengan apa jenis bentuk perkauman.

Ancelotti kecewa kerana penyokong Inter Milan meyorak Koulibaly dengan ‘chant’ yang rasis. Pihak stadium sudah memberikan amaran kepada penyokong Inter, namun ianya dianggap tindakan tidak cukup tegas.

NAPLES, ITALY – OCTOBER 22: Carlo Ancelotti during an SSC Napoli training session on October 22, 2018 in Naples, Italy. (Photo by Ciro Sarpa SSC NAPOLI/SSC NAPOLI via Getty Images)

Ancelotti berharap pegawai perlawanan untuk menghentikan perlawanan yang ada elemen serangan perkauman ataupun mereka terpaksa mengambil tindakan sendiri.

Sebagai tambahan, Ancelotti berkata, Napoli akan keluar padang jika perkara itu berlaku – tidak kisah terpaksa kehilangan mata ataupun kalah secara teknikal, walaupun dalam keadaan mereka mendahului sekalipun.

Buat masa ini FIFA dan FIGC dilihat tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lebih pro-aktif di atas isu itu. Sedangkan isu perkauman di Itali dilihat kian kritikal. Menurut peraturan sedia ada, pasukan yang melakukan ‘walk off’ akan dikenakan hukuman.

Jika FIFA sanggup melaburkan ratusan juta untuk teknologi dalam usaha memperjuangkan keadilan di dalam padang, kenapa mereka tidak boleh lebih pro aktif dalam isu menangani isu perkauman? Sedangkan mereka adalah badan yang popular dengan slogan: “Let’s kick racism out of football”

Kesatuan pemain profesional –  FIFPro – sebulat suara menyokong Napoli. Mereka berpendapat perlawanan di antara Inter-Napoli tempoh hari seharusnya dihentikan serta merta. Ini kerana penyokong Inter terang-terangan menyerang Kalidou Koulibaly secara verbal dengan niat perkauman.

Pengadil/pegawai perlawanan dilaporkan sudah meminta juruhebah stadium memberikan amaran kepada penyokong sebanyak 3 kali. Namun ianya tidak diendahkan. Jadi, kenapa pengadil tidak memberhentikan perlawanan?

Kelmarin, selepas tamat sidang kemuncak di antara FIGC – membincangkan soal permasalahan dalam bola sepak Itali – Timbalan Perdana Menteri Itali, Matteo Salvini menyatakan pengadil tidak ada kuasa untuk menangani isu perkauman di Serie A.

Beliau menyatakan kelakuan ultras adalah tanggungjawab kelab. Salvini kemudian meminta Napoli membezakan rasisme sebenar dengan perseteruan dalam bola sepak. Salvini meminta Napoli jangan cepat melatah.

Kenyataan ini mengundang kemarahan oleh Napoli yang menuntut langkah lebih tegas. Sebagai tambahan, Salvini merupakan pendokong fahaman anti imigran di bawah parti Lega Nord.

Dalam sidang kemuncak itu, mereka hanya membincang dan membahaskan masalah asas bola sepak Itali termasuk isu perkauman dan langkah utama untuk diambil.

Pecoraro: FIGC tak beri kami kuasa

Pendakwaraya FIGC – Giuseppe Pecoraro memberitahu bahawa masalah perkauman di Itali ketika ini masih tidak ada langkah khas untuk menentangnya. Pecoraro menyatakan, tindakan hanya akan diambil jika ada arahan daripada orang atasan.

Beliau berkata: “Jika para pegawai pemerhati dan perundangan FIGC diberikan tugasan untuk menghentikan perlawanan kerana ada serangan perkauman, mereka akan melakukannya. Kami akan bersedia untuk melakukannya pada perlawanan Serie A akan datang.”

“Paling penting adalah ada orang yang ada kuasa membuat keputusan, ini kerana dalam bola sepak, anda tidak boleh dihukum hanya kerana beberapa ratus orang sahaja. Presiden FIGC, Gabriele Gravina [gambar] menegaskan pengadil tidak boleh menghentikan perlawanan.”

“Tak mengapa, kertas cadangan akan dihantar kepada FIGC untuk mereka nilai, bincangkan, buat ratifikasi, dan laksanakan. Kepada mereka yang ada di tepi padang, mereka ada persepsi ke atas apa yang berlaku di tempat duduk penyokong dan mereka yang ada di dalam padang.”

“Apa yang penting sekarang adalah – adanya peraturan jelas dan hormatinya.”

“Sehingga ke hari ini, tugas pegawai pemerhati FIGC hanyalah untuk memberikan isyarat kepada pengadil sekiranya ada berlaku serangan perkauman. Namun mereka tidak boleh mengambil tindakan.”

“Lihat contoh di England, pegawai mereka boleh menendang penyokong yang rasis keluar dari stadium. Namun di Itali, kita tiada kuasa untuk mengeluarkan sesiapa daripada stadium pada hari perlawanan.”

Rumusan

Daripada kenyataan oleh pegawai FIGC ini, mereka hanya bertindak jika ada akta. Jadi tugas itu perlulah dilakukan oleh penggubal undang-undang dalam FIGC. Memang perkara ini bertentangan dengan peraturan FIFA jika FIGC menghentikan perlawanan.

Namun Napoli ada pandangan dan cara mereka tersendiri untuk menyokong pemain mereka. Kita semua tidak sepatutnya memperlekehkan usaha mereka. Ramai juga menyokong ketegasan Napoli di dalam isu ini.

Memang agak kejam untuk ribuan penyokong lain menerima hukuman hanya kerana segelintir yang berperangai tak senonoh. Namun apabila kes ini melibatkan nama seperti Napoli, ianya diharap dapat diberikan perhatian lebih oleh FIFA selepas ini. Kami setuju dengan pandangan, sekurang-kurangnya, FIGC memberikan kuasa kepada pegawai untuk menendang keluar mereka yang rasis seperti di England.

Di England, mereka yang ditangkap melakukan sebarang bentuk perkauman di dalam stadium boleh dikenakan tindakan berat termasuk larangan masuk stadium seumur hidup.

Hari ini teknologi canggih, ianya banyak membantu memburu pesalah. Daripada deretan kamera di stadium sehinggalah kamera yang digunakan oleh penyokong sendiri.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!