Florentino Perez: Keylor Navas Akan Kekal Di Real Madrid Dalam Tempoh Yang Lama

Presiden Real Madrid, Florentino Perez memberikan bayangan bahawa penjaga gol utama mereka, Keylor Navas akan terus kekal di Santiago Bernabeu dalam tempoh yang lama.

Menurut Perez, penjaga gol berasal dari Costa Rica itu mempunyai ‘cinta dan sayang’ terhadap kelab dan mahu keka lama di kelab itu.

Menjadi lumrah seorang penjaga gol dan sebagai manusia yang tidak akan lari dari kesilapan, Navas telah tersilap langkah hingga menyebabkan Real Madrid cemas ketika aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah di laman sendiri bertemu Juventus.

Perez yang merupakan peminat Keylor Navas memuji sumbangan dan kredibiliti yang dimiliki penjaga gol tersebut.

”Keylor (Navas), anda telah memenangi cinta dan sayang semua orang di Madrid,” dipetik kata-kata Perez yang dilaporkan AS.

Keylor Navas
MADRID, SPAIN – APRIL 08: Keylor Navas of Real Madrid makes a save during the La Liga match between Real Madrid CF and Club Atletico de Madrid at Bernabeu on April 8, 2017 in Madrid, Spain. (Photo by Denis Doyle/Getty Images)

”Anda telah melakukannya melalui bakat, profesionalisme dan kelakuan anda, kerana anda telah dikenalpasti dengan nilai-nilai Real Madrid.”

”Kami sangat berbangga kerana anda sebagai penjaga gol kami, tanpa mengira apa yang orang lain akan katakan. Terus bekerja keras dan saya pasti anda akan bersama kami dalam tempoh yang lama pada tahun mendatang.”

Kontrak Keylor Navas di Real Madrid masih berbaki dua musim lagi selepas beliau menandatangani kontrak enam tahun pada tahun 2014 selepas berpindah dari Levante.

Penjaga gol antarabangsa Costa Rica itu menarik minat Real Madrid selepas beraksi cemerlang dalam aksi Piala Dunia 2014 di Brazil yang menyaksikan negaranya berjaya melayakkan diri sehingga ke peringkat suku akhir.

Musim ini, Real Madrid dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat penjaga gol Athletic Bilbao, Kepa Arrizabalaga pada jendela perpindahan Januari lalu dan seperti semua sedia maklum, David De Gea sentiasa menjadi perhatian kelab gergasi Sepanyol itu.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN