Mo Salah Turut Jemput Henderson & Delegasi Liverpool Ke Majlis PFA

Siapalah Mohamed Salah tanpa Liverpool? Soalan sebaliknya juga mempunyai persamaan. Siapalah Liverpool tanpa Mohamed Salah?

Prestasi pemain sayap dari Mesir itu merupakan satu revolusi untuk pencapaian Liverpool pada musim ini.

Tetapi kejayaan pemain berusia 25 tahun itu sehingga diumumkan sebagai pemenang anugerah Professional Footballers’ Association Player of the Year (POTY), tidak akan direalisasikan tanpa individu-individu penting di dalam kelab Merseyside itu.

(Photo by Barrington Coombs/PA Images via Getty Images)

Ketika bercakap kepada pemberita, Salah berkata cita-cita beliau bersama Liverpool masih belum berakhir.

“Untuk memecah rekod Premier League adalah sesuatu yang luar biasa di England dan di mata dunia. Tetapi kita masih ada beberapa perlawanan penting untuk diharungi. Saya mahu memecahkan rekod lagi, termasuk rekod 42 gol semusim,” ujar Salah.

Dan Salah tidak tiba di majlis yang diadakan dengan penuh gilang gemilang itu bersendirian. Bagi Salah, kejayaan beliau adalah hasil kerja semua pihak di Liverpool termasuk rakan sepasukan.

Jelas sekali, Salah dan Liverpool saling memerlukan antara satu sama lain.

Hadir bersama-sama Salah ialah kapten pasukan, Jordan Henderson. Kehadiran Henderson merupakan permintaan yang dibuat oleh Salah sendiri, sebagai simbolik kejayaan pada malam tadi turut dikongsi bersama rakan sepasukan yang lain.

Liverpool’s Jordan Henderson (left) and Mohamed Salah arrive for the 2018 PFA Awards at the Grosvenor House Hotel, London. (Photo by John Walton/PA Images via Getty Images)

Bagaimanapun pengurus pasukan, Jurgen Klopp tidak dapat menghadiri majlis tersebut kerana sedang sibuk dengan rangka persiapan terakhir pasukan itu untuk berhadapan dengan Roma di perlawanan separuh akhir UEFA Champions League esok.

Oleh itu, bersama-sama delegasi Mo Salah di majlis PFA ini ialah beberapa pegawai dan kakitangan yang memainkan peranan di dalam usaha memastikan Salah tiba di Anfield pada musim lalu.

Antaranya ialah, Pengarah Sukan Liverpool FC, Michael Edwards; Ketua pencari bakat, Barry Hunter; Ketua Unit pencarian bakat, Dave Follows; dan pencari bakat Liverpool di Itali, Paul Godrick.

Liverpool’s Mohamed Salah is presented with the PFA Player Of The Year Award during the 2018 PFA Awards at the Grosvenor House Hotel, London. (Photo by Steven Paston/PA Images via Getty Images)

Klop berpendapat empat individu terbabit turut wajar diberikan kredit kerana mengenalpasti bakat dan keupayaan Mo Salah ketika bersama Fiorentina dan Roma di Serie A, sebelum tiba di Anfield.

Salah dan Henderson kekal di London selepas selesai majlis PFA tersebut, sebelum menyertai rakan sepasukan yang lain untuk latihan.

Mo Salah boleh memenangi satu lagi anugerah peribadi pada 1 Mei hadapan, apabila turut dicalonkan di dalam satu lagi anugerah berprestij, iaitu anugerah Penulis-penulis Sukan Bola Sepak (Football Writers’ award).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN