Florentino Perez Jelaskan Real Madrid Tak Berhasrat Untuk Dapatkan Kylian Mbappe Atau Neymar

Perez

Presiden Real Madrid, Florentino Perez mendedahkan bahawa kelab gergasi Sepanyol itu tidak menyimpan hasrat untuk merekrut sama ada Kylian Mbappe atau Neymar dari Paris Saint-Germain (PSG).

2018/19 bukanlah musim yang baik buat Los Blancos setelah tersingkir awal daripada persaingan Liga Juara-Juara Eropah dan menamatkan saingan La Liga di tempat ketiga dibelakang Barcelona dan Atletico Madrid.

MADRID, SPAIN – MAY 31: Real Madrid CF president Florentino Perez (L) and Zinedine Zidane (R) attend a press conference to announce his resignation as Real Madrid manager at Valdebebas Sport City on May 31, 2018 in Madrid, Spain. Zidane steps down from the position of Manager of Real Madrid, after leading the club to it’s third consecutive UEFA Champions League title. (Photo by Angel Martinez/Real Madrid via Getty Images)

Sehubungan dengan itu, Real Madrid sedang melalui fasa memantapkan pasukan dengan Zinedine Zidane dikatakan menerima dana cukup besar bagi mendapatkan barisan impian beliau.

Ketika ini Mbappe dan Neymar merupakan antara pemain tumpuan media yang dikaitkan dengan Real Madrid.

Perez bagaimanapun tampil dengan mengatakan kedua-dua bintang PSG itu tidak berada dalam perancangan pasukan.

PARIS, FRANCE – SEPTEMBER 06: Kylian Mbappe (R) and Neymar Jr of Paris Saint-Germain speak before a Paris Saint-Germain training session at Centre Ooredoo on September 6, 2017 in Saint-Germain en Laye, Paris France. (Photo by Aurelien Meunier/Getty Images)

”Saya tidak bercakap dengan Zidane mengenai Mbappe dan Neymar. Juga tidak bercakap kepada sesiapa pun.”

”Musim lalu kami berkata bahawa kami tidak mahukan mereka dan musim ini juga sama. Sekiranya kami mahukan seseorang pemain, kami akan bercakap kepada kelab tersebut.”

Tanpa berselindung, Perez menjelaskan bahawa pemain Chelsea, Eden Hazard merupakan pemain yang menjadi impiannya untuk beraksi bersama Real Madrid pada musim hadapan.

Dalam perkembangan lain, Real Madrid juga kini sedang berusaha keras untuk mengekalkan ketua pasukan, Sergio Ramos di Santiago Bernabeu selepas beliau dikatakan akan berhijrah ke Liga Super China secara percuma.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN