Flick: Serge Gnabry Semakin Hampir Untuk Jadi Pemain Berkelas Dunia

Serge Gnabry Flick

Pengurus Bayern Munich, Hansi Flick menegaskan bahawa pemain sayap, Serge Gnabry semakin menghampiri tahap untuk menjadi pemain berkelas dunia susulan aksi menarik yang ditampilkan sejak akhir-akhir ini.

Gnabry yang gagal mencuri hati Arsene Wenger ketika di Arsenal pada awal karier profesionalnya memainkan peranan penting ketika membantu Bayern Munich menumpaskan Lyon 3-0 pada aksi separuh akhir, awal pagi tadi.

Perlawanan di Lisbon itu menyaksikan Gnabry berjaya menjaringkan dua gol pada minit ke-18 dan 33 yang mana gol pembukaan yang dihasilkannya begitu menarik perhatian berikutan kelincahan dan ledakan berbisa dipamerkannya.

Sehubungan dengan itu, Flick merasakan pemain kelahiran Stuttgart, Jerman tersebut berada di landasan yang terbaik untuk bergelar pemain berkelas dunia.

”Apabila anda melihat perkembangan Serge sejak beberapa tahun kebelakangan ini, anda boleh mengatakan bahawa dia semakin hampir untuk menjadi pemain berkelas dunia.”

”Kami sangat gembira dengan dua gol yang dijaringkannya dan kami juga gembira kerana memilikinya.”

”Dia mempunyai kualiti yang luar biasa dan saya merasakan dia masih lagi jauh daripada penamat perkembangan prestasinya,” ujar Flick menurut laporan Goal.

Gnabry merupakan sandaran utama buat Bayern Munich pada musim ini apabila beliau berjaya menjaringkan 12 gol dalam saingan Bundesliga manakala di pentas Liga Juara-Juara Eropah, pemain berusia 25 tahun ini telah menyumbat sembilan gol dalam sembilan aksi kempen tersebut.

Kredit featured image: Franck Fife/Pool via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Gnabry:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN