Fiorentina Berminat Lantik Daniele De Rossi Sebagai Pengurus Baharu

Daniele de Rossi

Legenda Itali, Daniele de Rossi menjadi individu yang mencuri tumpuan pada ketika ini apabila beliau dikatakan telah menjadi pilihan kelab Serie A, Fiorentina untuk dilantik sebagai pengurus baharu kelab tersebut bagi menghadapi musim 2020/21.

Meskipun masih tiada lagi pengumuman rasmi dibuat kelab yang berpangkalan di Florence itu, informasi daripada wartawan ternama Itali, Fabrizio Romano berhubung perkara terbabit amat mengejutkan banyak pihak.

Hal ini kerana de Rossi yang mengumumkan persaraannya pada Januari lalu, tidak pernah mempunyai sebarang pengalaman dalam mengendalikan pasukan dan seperti diketahui, tekanan untuk mengendalikan sebuah pasukan bukanlah semudah disangka.

Sebelum ini, beliau pernah mendapat tawaran membimbing pasukan tempatan tetapi ia datang dari kelab Serie C,  Sambennettedese Calcio.

Sekiranya spekulasi ini menjadi kenyataan, de Rossi yang bakal menjengah usia 37 tahun pada 24 Julai ini akan menggantikan pengurus pasukan, Giuseppe Iachini.

Iachini mula dilantik pada 23 Disember 2019 selepas Fiorentina bertindak memecat seorang lagi bekas pemain AS Roma, Vincenzo Montella susulan aksi terumbang-ambing dipamerkan kelab itu.

Selepas mengharungi 29 perlawanan, Fiorentina sekadar menduduki tangga ke-14 selepas mengumpul 31 mata dan hanya berkelebihan enam mata dari zon penyingkiran.

Fiorentina nyata sudah lama mengimpikan untuk membawa masuk de Rossi ke kelab tersebut kerana sebelum ini ketika beliau masih beraksi dan tidak melanjutkan kontraknya bersama AS Roma, skuad dikenali sebagai ‘Viola’ ini cuba untuk membawanya ke Artemio Franchi Stadium.

Namun, pada ketika itu, de Rossi tidak bersedia untuk beraksi bersama kelab selain dari pasukan kesayangannya dalam kempen Serie A [AS Roma]. Keadaan itu bagaimanapun mungkin akan berubah apabila beliau sudah melangkah ke bidang kejurulatihan.

Kredit featured image: Gabriele Maltinti/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Daniele de Rossi:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN