Final Piala FA & Konsert Rock Diadakan Serentak, Harga Parkir SNBJ Dijangka Melambung

Stadium Nasional Bukit Jalil

Semalam, pihak Malaysian Football League (MFL) telah mendedahkan yang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) telah dipilih sebagai lokasi bagi perlawanan akhir Piala FA 2022.

Perlawanan akhir yang menjadi tumpuan antara Terengganu dan Johor Darul Ta’zim (JDT) ini telah dipilih untuk diadakan pada 10 September 2022 jam 9 malam.

RASMI: Stadium Nasional Bukit Jalil Jadi Tempat Bertarung JDT & Terengganu Untuk Final Piala FA

Semuanya nampak baik-baik saja, sampailah ramai pihak sedar yang tarikh itu bertembung dengan konsert kumpulan rock dari Indonesia iaitu Dewa 19.

Dewa 19 pula mengadakan konsert di Axiata Arena yang bersebelahan dengan SNBJ pada 9 dan 10 September dengan dijangka ribuan peminat mereka akan turun ke sana.

Ini pastinya suasana yang tidak ideal kerana jarak dua arena ini terlalu dekat dengan cara untuk ke sana adalah sama sahaja.

Dan penulis boleh menjangkakan akan ada masalah dari segi kebanjiran orang yang hadir ke KL Sports City terutamanya pada 10 September.

Harga pasti mencanak

Satu perkara yang menjadi kepastian adalah harga parkir di SNBJ akan meningkat dek kerana kedua-dua acara besar ini diadakan serentak.

Sedangkan harga parkir di SNBJ pada hari perlawanan biasa sudah pun mencecah belasan ringgit, bayangkan pula jika ada dua acara serentak?

Sebelum ini ketika kelayakan Piala Asia 2023, harga parkir SNBJ ketika perlawanan Malaysia menentang Turkmenistan adalah pada RM5 sahaja.

Namun, ianya melambung menjadi RM15 sewaktu pertemuan Malaysia dengan Bahrain. Ketika itu, stadium dibanjiri penyokong dan air hujan sewaktu aksi hujung minggu.

Jadi, penulis sendiri sedang menduga – berapakah harga parkir SNBJ pada 10 September kelak? Adakah ianya akan mencecah RM20 sekali masuk?

Pastinya, pengusaha parkir SNBJ akan untung besar pada malam tersebut.

Sesak dalam gerabak

Perkhidmatan awam juga pastinya akan menjadi sesak pada hari tersebut dengan situasi ‘sardin’ di dalam gerabak pastinya akan berlaku.

Pihak Rapid KL pastinya perlu cakna dengan situasi ini dengan lanjutan masa perkhidmatan sistem transit aliran ringan (LRT) perlu dilanjutkan untuk memenuhi permintaan tinggi.

Malah, tidak terkejut jika Rapid KL perlu meningkatkan kekerapan LRT kerana terlalu ramai orang akan berada di Bukit Jalil pada waktu tersebut untuk pulang dari kedua-dua acara.

Jadi, terpulang kepada anda semua yang akan ke stadium untuk menentukan. Tidak kiralah sama ada kerana perlawanan akhir atau konsert, rancanglah perjalanan dengan sebaiknya.

Jika hadir dengan kereta, anda berkemungkinan perlu berdepan dengan harga parkir yang tinggi dan sekirannya menggunakan pengangkutan awam – kesesakan melampau bakal menanti.

Semoga perjalanan semua ketika hari perlawanan akhir akan berlangsung dengan baik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN